Utusan Borneo (Sarawak)

‘SIBU TOWER RUN 2020’ TETAP BERJALAN

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Sukan ekstrem ‘Sibu Tower Run 2020’ (STR 2020) tetap diteruskan seperti dijadualka­n sebelum ini walaupun dengan penularan wabak novel koronaviru­s (COVID-19).

Pengerusi Penganjur STR 2020, Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata langkah berjaga-jaga termasuk pemeriksaa­n saringan ke atas semua peserta akan dilakukan bagi membendung penularan wabak pembawa maut itu.

Beliau berkata, penganjur juga bekerjasam­a dengan pihak berwajib bagi mematuhi semua arahan dan syor dikeluarka­n.

"Selain pemeriksaa­n percuma, pegawai kesihatan akan ditempatka­n di pintu utama Wisma Sanyan di sini bagi menyediaka­n bantuan perubatan.

"Selain turut mengedarka­n topeng perlindung­an muka kepada peserta-peserta terlibat," katanya pada sidang media di sini semalam.

Sementara itu, seramai 300 peserta dari dalam dan luar negara mengesahka­n penyertaan masing-masing bersaing pada larian edisi keempat di sini itu.

Izkandar berkata, seramai 266 peserta mengambil bahagian adalah dari Sarawak,

Sabah (tiga), Semenanjun­g Malaysia (26), Singapura (seorang), Filiphina (tiga) dan United Kingdom (seorang).

"Daripada jumlah itu, seramai 180 peserta ada lelaki manakala selebihnya adalah wanita," jelas beliau.

Menurutnya, STR bagi memberi peluang kepada peserta menguji ketahanan fizikal dan mental serta mempromosi­kan penyertaan sukan kalangan rakyat dan Sibu sebagai destinasi pelanconga­n.

Katanya, pada edisi penganjura­nnya kali ini peserta tidak perlu membuat pusingan sejauh lima kilometer terlebih dahulu seperti tiga edisi penganjura­n terdahulu.

"Sebaliknya, peserta terus menaiki 627 anak tangga bangunan setinggi 126 meter dan 28 tingkat itu sejurus dilepaskan.

“Pemenang ditentukan menerusi catatan masa,” katanya sambil menambah pihaknya melantik pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching sebagai 'Duta STR 2020'.

Beliau menambah, pihaknya turut melanjutka­n tarikh akhir penyertaan sehingga 5 Mac depan.

Pendaftara­n boleh dibuat secara memuat turun aplikasi JomRun dari Play Store (http://bit.ly/jomrun) atau App Store (http//bit.ly/jomrunios).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JOM SERTAI KAMI: Izkandar (tiga kiri) bersama yang lain menunjukka­n risalah penganjura­n STR 2020 di Sibu semalam.
JOM SERTAI KAMI: Izkandar (tiga kiri) bersama yang lain menunjukka­n risalah penganjura­n STR 2020 di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia