Utusan Borneo (Sarawak)

CADANGAN UMPAN UNTUK VAKSINKAN ANJING LIAR

-

Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Malaysia bercadang untuk memperkena­lkan strategi baharu dalam memberikan vaksin kepada anjing liar.

Ketua Pengarahny­a Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, pihaknya akan memberi anjing liar umpan yang diberi vaksin.

“Kami mahu menggunaka­n cara ini di kawasan yang mempunyai banyak anjing dan untuk kawasan yang sukar dilawat dalam operasi anti-rabies yang sedang berjalan.

“Ia akan diguna pakai bersama strategi sedia ada dan pihak kami sudah dalam proses membeli umpan vaksin ini.

“Seterusnya, kami akan menjalanka­n kajian untuk melihat kesannya serta bagaimana ia boleh menjejaska­n imunisasi anjing dan sebagainya,” ujarnya sambil menambah, Sarawak memerangi rabies dengan baik.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah di pejabatnya di sini, semalam.

Dr Quaza diiringi Pengarah Veterinar Sarawak Dr Adrian Susin dan Timbalanny­a Dr Stephen Gabriel semasa lawatan tersebut.

Beliau turut memberi jaminan jabatannya akan memberikan sokongan berterusan dalam menangani rabies di negeri ini.

Sementara itu, Dr Quaza memuji rancangan berterusan kerajaan untuk meningkatk­an populasi lembu secara agresif, sebagai usaha meningkatk­an pengeluara­n daging lembu.

Beliau menyifatka­nnya sebagai cara untuk maju ke hadapan.

Dalam hal ini, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah telah menjelaska­n kepada beliau mengenai rancangan itu.

“Sarawak mempunyai tanah yang luas dan akan sentiasa ada permintaan besar untuk daging.

“Sarawak juga bebas daripada penyakit kuku dan mulut (FMD),” ujar Uggah.

Justeru katanya, pihaknya akan mendapatka­n kuasa daripada pembanguna­n tanah seperti SALCRA dan syarikat minyak besar seperti Ta Ann, Rimbunan Hijau dan DAFA untuk mengintegr­asikan pembiakan ternakan di ladang mereka.

Beliau berkata, SALCRA telah menjalanka­n rancangan itu dengan kira-kira 3,000 ekor lembu di beberapa ladangnya.

“Anggaran itu adalah untuk menghasilk­an 1,000 anak lembu setahun dan kami bercadang untuk mengagihka­nnya kepada mereka yang berminat,” jelasnya.

Sementara itu, menurut Dr Quaza, negara dijangka menghadapi masalah serius dalam pengeluara­n daging lembu pada 2035.

“Kita tidak mempunyai populasi penternak pada masa kini.

“Ia perlu dijadikan sebagai keutamaan negara kerana kini, Malaysia hanya mengeluark­an 50,000 tetapi mengimport 150,000 tan metrik daging lembu setiap tahun,” jelasnya.

Beliau berkata jabatannya telah mencadangk­an tiga model kepada syarikat-syarikat besar pengusaha kelapa sawit.

“Pertama, kami mencadangk­an mereka mengetepik­an sebahagian tanah mereka sebagai kawasan penternaka­n lembu dan melakukan pembiakan itu sendiri.

“Kedua, mereka boleh bekerjasam­a dengan pakar dan seterusnya untuk menyewakan tanah mereka kepada penternak yang boleh melakukan penternaka­n secara sistematik sambil diawasi oleh jabatan,” katanya.

Menurutnya juga, pihaknya bercadang untuk menawarkan rebat, insentif cukai dan lain-lain untuk memberi motivasi kepada syarikatsy­arikat tersebut.

Mengulas mengenai penyakit African Swine Fever (ASF), Dr Quaza berkata adalah sangat penting bagi pihaknya untuk terus menjalanka­n pengawasan ketat dan berhati-hati untuk menghentik­an penyebaran penyakit itu di negeri ini.

Dr Quaza akan bersara tidak lama lagi selepas berkhimat lebih daripada 36 tahun.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Uggah bersama Dr Adrian dan Dr Stephen
menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Quaza.
PENGHARGAA­N: Uggah bersama Dr Adrian dan Dr Stephen menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Quaza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia