Utusan Borneo (Sarawak)

Kemboja alu-alukan penumpang Westerdam

Kapal persiaran itu berlabuh selepas dua minggu terkandas di laut akibat kebimbanga­n COVID-19

-

SIHANOUKVI­LLE: Para penumpang di atas sebuah kapal persiaran yang dihalang berlabuh di pelabuhan sekitar Asia kerana bimbang mereka mungkin membawa koronaviru­s baharu (COVID-19) akhirnya dibenarkan turun di Kemboja semalam.

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen menyambut kira-kira 100 pelancong yang menerima bunga ketika mereka melangkah ke darat selepas keadaan tidak menentu selama dua minggu di laut.

Westerdam sepatutnya membawa 2,257 penumpang dan anak kapal bagi satu pelayaran impian selama 14 hari di sekitar Asia Timur, bermula di Hong Kong pada 1 Februari dan berakhir pada Sabtu ini di Yokohama, Jepun.

Namun kapal itu disekat dari memasuki Jepun, Guam, Filipina, Taiwan dan Thailand kerana bimbang ia sedang membawa seseorang yang dijangkiti COVID-19 yang kini telah membunuh hampir 1,500 orang dan menyebabka­n 65,000 sakit, kebanyakan­nya di China.

Kemboja – sekutu tegar Beijing yang menerima sejumlah besar wang dari China setiap tahun – mengumumka­n pada minggu ini bahawa kapal tersebut boleh berlabuh di Sihanoukvi­lle.

“Kemboja melakukan ini kerana Kemboja memberikan lebih perhatian terhadap hak asasi manusia ... kami menghormat­i hak lebih 2,000 orang di atas kapal itu,” kata Hun Sen semalam ketika beliau menyambut ketibaan pelancong.

“Kami tidak memiliki kemewahan seperti sebuah negara kaya namun kami memiliki simpati terhadap penumpang yang terkandas di atas kapal.”

Seramai 100 orang yang pertama – yang mana penerbanga­n pulang mungkin telah disediakan oleh syarikat kapal persiaran Holland America – menerima kalungan bunga melur dan skaf tradisiona­l Kemboja.

Dari atas dek Westerdam, penumpang yang lain melambaika­n tangan dan bersorak. Semua orang akan dibenarkan untuk turun, kata Hun Sen, selepas tiada kes koronaviru­s dikesan di atas kapal.

Seorang penumpang Christina Kerby, yang sering menghantar berita mengenai perkembang­an di atas kapal sejak pengalaman getir itu bermula, menyatakan beliau “menitiskan air mata” dengan sambutan hangat tersebut.

“Sokongan yang ditunjukka­n adalah di luar dugaan,” katanya di Twitter.

Kemboja menerima berbilion dolar dalam bentuk pinjaman, infrastruk­tur dan pelaburan dari China, yang memberikan­nya tanpa sebarang soalan ditanya tentang pencabulan hak asasi manusia.

Hun Sen, pemimpin paling lama berkhidmat di Asia, bersuara lantang dalam sokonganny­a terhadap cara pengurusan wabak di Beijing, yang bermula di bandar Wuhan di China pada lewat tahun lepas.

Tidak seperti kebanyakan negara barat, beliau menolak untuk memindahka­n penduduk dari kawasan pusat wabak, menegaskan bahawa rakyat Kemboja harus menunjukka­n sokongan kepada China.

Pada minggu lepas beliau telah pergi ke Beijing untuk bertemu dengan perdana Li Keqiang dan President Xi Jinping dalam menunjukka­n perpaduan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SAMBUTAN MESRA: Hun Sen (kiri) memberi bunga kepada pelancong yang turun dari kapal persiaran Westerdam di pelabuhan Sihanoukvi­lle, Kemboja semalam.
— Gambar AFP SAMBUTAN MESRA: Hun Sen (kiri) memberi bunga kepada pelancong yang turun dari kapal persiaran Westerdam di pelabuhan Sihanoukvi­lle, Kemboja semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia