Utusan Borneo (Sarawak)

14 Feb lubuk rezeki buat peniaga bunga

-

KUCHING: Sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari menjadi lubuk rezeki kepada peniaga bunga dan hadiah lain di sekitar bandar raya ini.

Helen Cheng antara peniaga yang tidak melepaskan peluang untuk menjual bunga dan hadiah lain kepada sempena Hari Kekasih.

Menurut Helen, sudah enam tahun berturut-turut dia membuka gerai menjual bunga sempena Hari Kekasih di lokasi tumpuan bermula dari 12 Februari hingga tengah malam 14 Februari.

“Sempena dengan Hari Kekasih tahun ini, saya telah menempah 1,000 kuntum bunga ros untuk dijual kepada orang ramai.

“Bunga-bunga ini dijual dalam pelbagai bentuk gubahan kreatif pada harga berbeza untuk pilihan para pembeli.

“Setakat ini, sambutan adalah baik dan saya yakin semua 1,000 kuntum bunga ini akan dijual sehingga tengah malam 14 Februari,” katanya ketika ditemui di gerainya di Tebingan Kuching di sini semalam.

Selain menjual di gerai yang dibuka sementara di Tebingan Kuching, Helen turut menerima tempahan dari luar.

Bunga-bunga ini dijual antara RM15 sekuntum dan ada yang mencecah ratusan ringgit mengikut jenis gubahan yang dibuat.

Sementara itu, di Premier 101 Jalan Tun Jugah di sini, deretan gerai menjual bunga menjadi perhatian orang ramai terutama mereka yang melalui laluan itu.

Alvin Kho antara yang tidak melepaskan peluang membuka gerai menjual bunga sejak 12 Februari lalu sehingga tengah malam 14 Februari ini.

Menurut Alvin, dia menempah 1,000 kuntum ros dan telah menjual lebih daripada 500 kuntum bunga setakat ini.

“Sambutan sangat baik dan mereka yang membeli bunga bukan sahaja dari kalangan pasangan kekasih tetapi juga majikan,” katanya.

 ??  ??
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? LARIS: Alvin (dua kanan) sibuk melayan pengunjung yang datang ke gerainya bagi membeli bunga sempena Hari Kekasih.
— Gambar Roystein Emmor LARIS: Alvin (dua kanan) sibuk melayan pengunjung yang datang ke gerainya bagi membeli bunga sempena Hari Kekasih.
 ?? Gambar Roystein Emmor ?? KREATIF: Helen menunjukka­n salah satu gubahan bunga yang dijual di gerainya yang dibuka di Tebingan Kuching sempena Hari Kekasih.—
Gambar Roystein Emmor KREATIF: Helen menunjukka­n salah satu gubahan bunga yang dijual di gerainya yang dibuka di Tebingan Kuching sempena Hari Kekasih.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia