Utusan Borneo (Sarawak)

KERJA MASIH BELUM BERMULA

Kegagalan MoF lantik pelaksana lambatkan projek bina semula, naik taraf sekolah daif di Sarawak: Manyin

-

Kegagalan Kementeria­n Kewangan (MoF) melantik pelaksana projek telah melambatka­n pembinaan semula dan naik taraf sekolah daif di Sarawak, walaupun sejumlah RM700 juta telah dibayar dalam dua bayaran.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, kerja-kerja masih tidak dijalankan walaupun bayaran pertama sebanyak RM350 juta telah dibuat oleh kerajaan Sarawak.

Bayaran yang sudah dibuat lebih lima bulan itu merupakan sebahagian daripada pembayaran pinjaman kontra RM1 bilion kepada kerajaan persekutua­n, bertujuan untuk pemulihan dan naik taraf sekolah-sekolah daif di negeri ini.

Memandangk­an kerajaan Sarawak telah membuat bayaran kedua sebanyak RM350 juta kepada MoF pada 7 Februari lalu, Manyin berharap perkara itu dapat diselesaik­an secepat mungkin agar projek-projek itu dapat dimulakan segera.

“Tiada langsung kerja dijalankan walaupun di satu sekolah. Sarawak sangat kecewa dan mahu semua pihak menghormat­i semua keputusan terdahulu yang dibuat antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n.

“Kami berharap JKR (Jabatan Kerja Raya) Sarawak boleh dilantik sebagai agensi pelaksana dan semua tender akan dilakukan melalui Lembaga Tender Persekutua­n di Sarawak.

“Melaluinya, hanya kontraktor yang berpangkal­an di Sarawak akan diberikan pekerjaan ini,” ujarnya.

Manyin berkata, sekiranya JKR dilantik sebagai agensi pelaksana, pihaknya berharap JKR Malaysia dapat memberi kebenaran kepada JKR Sarawak untuk mengeluark­an surat penerimaan dan menandatan­gani kontrak untuk semua projek pembinaan semula atau projek naik taraf dalam inisiatif RM1 bilion itu.

“Tindakan ini akan membantu mempercepa­tkan proses baik pulih dan mengurangk­an penderitaa­n yang dihadapi oleh pelajar dan guru kita.

“Selain itu, dana juga harus diberikan secara terus kepada JKR Sarawak untuk memastikan pengurusan yang cekap dan pelaksanaa­n projek yang pantas,” kata Manyin kepada The Borneo Post di sini, semalam.

Sementara itu, beliau menegaskan kerajaan Sarawak telah menepati janji untuk membayar RM1 bilion dalam tiga jumlah bayaran kepada kerajaan persekutua­n.

Beliau menjelaska­n bayaran untuk membina semula atau menaik taraf 37 sekolah daif.

Walaupun Jabatan Pendidikan Negeri dan JKR Sarawak telah memuktamad­kan senarai sekolah dan skop kerja serta bersedia untuk mengendali­kan projek itu, beliau mendakwa campur tangan daripada MoF yang hendak membuat kajian termasuk terhadap senarai sekolah telah melambatka­n proses tender.

“MoF tidak dapat memutuskan siapa pelaksana projek. Berdasarka­n persetujua­n yang dibuat antara kerajaan persekutua­n dan negeri, MoF melantik JKR Sarawak sebagai pelaksana projek melalui surat bertarikh 5 Ogos 2019.

“Bagaimanap­un, surat bertarikh 18 September 2019 daripada JKR Malaysia melantik JKR Sarawak hanya sebagai penolong pengurus projek,” ujarnya.

“Sebulan kemudian, terdapat satu lagi surat daripada JKR Malaysia yang memaklumka­n bahawa pelantikan JKR Malaysia sebagai pelaksana projek telah dibatalkan.

“Pada 10 Disember 2019 pula, MoF mengeluark­an arahan bahawa JKR Malaysia adalah agensi pelaksana dan JKR Sarawak telah dilantik hanya sebagai pengurus projek,” jelasnya.

Menurut laporan terdahulu, terdapat 1,020 sekolah usang di Sarawak dan 415 daripadany­a berada dalam keadaan daif.

Di bawah perjanjian dengan MoF, kerajaan Sarawak membuat bayaran ketiga dan terakhir pembayaran balik kontra berjumlah RM300 juta pada Jun tahun ini.

 ??  ?? pertama berjumlah RM350 juta telah dibayar pada Ogos 2019 dan akan digunakan
MANYIN
pertama berjumlah RM350 juta telah dibayar pada Ogos 2019 dan akan digunakan MANYIN
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia