Utusan Borneo (Sarawak)

SEMUA INSENTIF MUNGKIN DIMASUK DALAM SATU APLIKASI DALAM TALIAN

-

Kesemua jenis insentif yang diselarask­an di bawah Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak mungkin akan dimasukkan dalam satu aplikasi secara dalam talian.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, dengan itu ia memudahkan mereka yang memohon insentif terbabit dengan hanya menerusi aplikasi disediakan tanpa perlu pergi mendapatka­n borang ke pejabat berkaitan.

“Kita akan bekerjasam­a dengan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) untuk mewujudkan aplikasi bagi kesemua jenis insentif yang disediakan.

“Kita berusaha untuk menggunaka­n sistem dalam talian dan diharapkan kesemuanya dapat dimasukkan dalam satu aplikasi,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menyaksika­n penyerahan borang permohonan KGC daripada wakil Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kepada JKM Sarawak (JKMS) di pejabatnya di sini, semalam.

Antara insentif kerajaan negeri terbabit adalah Endowment Fund Sarawak (EFS), Insentif Ibu Bersalin, Geran Tahunan Khas (GTK) untuk taska dan tadika berdaftar, Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang di Sarawak dan Kenyalang Gold Card (KGC).

Fatimah berkata, kebanyakan insentif berkenaan kini masih dalam tempoh interim dan di bawah kendalian kementeria­n menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS).

Katanya, ia selaras dengan matlamat kerajaan negeri ke arah mencapai Ekonomi Digital selain memudahkan pemohon membuat permohonan.

Menurut beliau, kebanyakan insentif yang diperkenal­kan oleh kerajaan negeri kini semakin menggalakk­an dari segi permohonan yang memerlukan satu kaedah terbaik agar memudahkan semua pihak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia