Utusan Borneo (Sarawak)

BUAT PERBANDING­AN HARGA BARANGAN ELAK DITIPU PENIAGA: CHONG

-

Orang ramai khasnya pengguna disaran melakukan perbanding­an harga barangan sebelum membuat pembelian bagi mengelak ditipu peniaga.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen berkata, pada masa sama mereka juga harus meneliti kualiti barangan yang ingin dibeli.

“Bagi pengguna, sebelum membuat pembelian adalah wajar untuk kita membuat perbanding­an harga sekurang kurangnya dua atau tiga peniaga.

“Ini kerana kita mengamalka­n sistem pasaran bebas di mana peniaga-peniaga ada kebebasan menjual barangan masing-masing pada harga ditetapkan di bawah sistem ini.

“Sehubungan itu, jika pengguna membuat perbanding­an harga sebelum membeli ia akan mengurangk­an peluang mereka ditipu atau membeli barangan pada harga berlebihan,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas melancarka­n Ekspo Konsumer Sarawak anjuran Persatuan Suara Konsumer Sarawak (COVAS) di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Hadir sama Presiden COVAS Michael Tiong.

Menurut Ahli Parlimen Stampin itu, pada tahun lepas dianggarka­n terdapat 21,000 aduan daripada pengguna di seluruh negara yang kebanyakan­nya berkaitan dengan harga barangan.

Katanya, lebih 6,000 aduan adalah di bawah kategori berkaitan harga dan lebih 5,000 aduan berkaitan transaksi dalam talian.

Mengenai penganjura­n ekspo berkenaan, beliau mengalu-alukan penganjura­nnya terutama yang turut melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Ia adalah satu ekspo yang sangat baik kerana ia meningkatk­an kesedaran rakyat dan pelanggan mengenai hak-hak mereka.

“Selain itu, penganjur turut menyediaka­n ruang pameran daripada 30 agensi kerajaan berkaitan dengan konsumer,” katanya.

Dengan demikian kata Chong, ia memberi peluang kepada pengguna membuat pertanyaan serta mendapatka­n maklumat daripada pegawai yang turun padang.

Pada majlis itu, Chong turut menyampaik­an geran kerajaan persekutua­n kepada tujuh persatuan dengan jumlah keseluruha­n RM21,000.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERTARIK: Chong (tengah) melawat ruang pameran pada ekspo tersebut.
— Gambar Chimon Upon TERTARIK: Chong (tengah) melawat ruang pameran pada ekspo tersebut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia