Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda didakwa atas tuduhan merogol gadis berumur 14 tahun

-

SIBU: Seorang pemuda dihadapkan di mahkamah di sini semalam atas tuduhan merogol seorang gadis berumur 14 tahun.

Bagaimanap­un tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Khairul Anwar, 24, selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a.

Mahkamah membenarka­n tertuduh bebas dengan ikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 19 Februari ini bagi sebutan lanjut kes.

Mengikut pertuduhan, Khairul didakwa merogol seorang gadis berumur 14 tahun pada 4 Februari lepas, kira-kira jam 7.50 pagi di sebuah rumah di Jalan Oya.

Bagi pertuduhan itu, dia didawa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Dalam kes berasingan, seorang lelaki turut dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menggunaka­n kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang wanita berumur 24 tahun.

Tiada pengakuan diambil daripada tertuduh yang dikenali sebagai Mohd Yuseri, 32, yang turut dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin.

Mengikut pertuduhan, Yuseri didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah ketika mencabul mangsa iaitu dengan memeluk serta mencium dan menolak mangsa ke atas katil sebelum meraba payudarany­a.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 17 Ogos 2019, kira-kira jam 10 pagi di sebuah premis di Lorong Tunku Abdul Rahman 31D.

Untuk pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman terbabit.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula 17 Februari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia