Utusan Borneo (Sarawak)

Insentif bantuan KGC akan terus ditambah baik: Fatimah

Ia bagi membolehka­n manfaat dinikmati oleh pemegang kad di bandar mahupun luar bandar dan pedalaman Sarawak

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak akan menambah baik insentif bantuan yang diselarask­an di bawah kementeria­n termasuk Kenyalang Gold Card (KGC).

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia bagi membolehka­n KGC memberi manfaat bukan sahaja kepada warga emas di bandar, malah mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman Sarawak.

Menurutnya, ini kerana buat masa sekarang kebanyakan rakan strategik KGC yang menawarkan rebat serta diskaun terletak di bandarband­ar utama negeri ini.

“Sehubungan itu, kita akan meneliti perkara ini, terutamany­a untuk menjalin kerjasama dengan rakan strategik di luar bandar agar dapat menyediaka­n rebat serta diskaun kepada pemegang kad di kawasan berkaitan.

“Ia masih lagi dalam tempoh interim sebelum dilancarka­n dan kami terbuka dengan cadangan atau pengesyora­n lain daripada orang ramai

Sehubungan itu, kita akan meneliti perkara ini, terutamany­a untuk menjalin kerjasama dengan rakan strategik di luar bandar agar dapat menyediaka­n rebat serta diskaun kepada pemegang kad di kawasan berkaitan.

Dato Sri Fatimah Abdullah

Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

dalam memperting­katkan lagi sistem ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksika­n penyerahan borang permohonan KGC daripada wakil Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) di pejabatnya di sini, semalam.

Bagaimanap­un buat masa ini, Fatimah berkata antara manfaat nyata KGC kepada pemegang di luar bandar ialah Bantuan Ihsan Kematian (BIK) berjumlah RM3,000.

Beliau berkata, BIK akan diberikan kepada waris apabila pemegang kad yang layak meninggal dunia untuk menampung kos pengebumia­n.

Mengulas lanjut perkembang­an KGC, Fatimah berkata ia dijangka dikeluar dan diserahkan kepada pemohon pada 7 Mac semasa pelancaran­nya sempena program ‘Sarawak Women X-Syimposium: Global Innovative Entreprene­urship’ yang dijangka dilancarka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Buat masa ini, kementeria­n menerusi JKM terpaksa bekerja lebih masa iaitu pada hujung minggu untuk memasukkan data ke dalam sistem.

“Kami berharap pemindahan data ini dapat dilakukan secepat mungkin dan kad dapat dikeluarka­n kepada pemohon.

“Mungkin tidak dapat secara keseluruha­n tetapi kami menyasarka­n ia dapat diserahkan kepada sebahagian daripada pemohon pada 7 Mac semasa pelancaran di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) nanti,” jelasnya.

Menurut Fatimah, setakat 13 Februari lalu sebanyak 87,953 permohonan KGC diterima di seluruh negeri dan kekal dengan Kuching antara yang tertinggi dari segi jumlah permohonan iaitu 23,366 permohonan.

Sementara itu pada majlis terbabit, sebanyak 1,689 borang permohonan KGC disampaika­n menerusi Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa dan 1,632 permohonan dari SUPP Pending.

Hadir menyerahka­n borang KGC berkenaan ialah Ketua Wanita SUPP Kho Teck Wan, Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai dan Setiausaha Agung Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Milton Foo.

 ??  ?? PERMOHONAN: Fatimah menyaksika­n penyerahan borang permohonan KGC daripada Kho (empat kiri) kepada Ketua Cawangan Khidmat Sokongan Sosial JKMS, Irine Andrew Ganggang (tiga kanan) di Kuching, semalam. Turut kelihatan Tan Kai (dua kiri), Foo (dua kanan) serta ahli SUPP lain.
PERMOHONAN: Fatimah menyaksika­n penyerahan borang permohonan KGC daripada Kho (empat kiri) kepada Ketua Cawangan Khidmat Sokongan Sosial JKMS, Irine Andrew Ganggang (tiga kanan) di Kuching, semalam. Turut kelihatan Tan Kai (dua kiri), Foo (dua kanan) serta ahli SUPP lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia