Utusan Borneo (Sarawak)

GPS terbukti mampu urus ekonomi Sarawak dengan baik

Kestabilan politik, pengurusan kewangan dan dasar mesra perniagaan terus menarik minat pelabur: Dr Abdul Rahman

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Sarawak terus stabil dari segi politik dengan sumber kewanganny­a diurus dengan baik dan terus menarik pelabur domestik dan asing di bawah pimpinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata dasar mesra perniagaan selain keupayaan untuk menyediaka­n infrastruk­tur asas di bandar dan luar bandar membuktika­n Sarawak mampu mengurus ekonomi dengan baik.

Beliau berkata, kestabilan politik dan ekonomi yang diamalkan Sarawak menjadikan negeri ini lebih maju berbanding negeri-negeri lain di Semenanjun­g.

“Sarawak sehingga kini berjaya diurus dengan baik oleh kerajaan yang dipimpin sendiri parti berasaskan Sarawak, iaitu GPS,” ujarnya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Kota dan penyerahan geran kerajaan di Dewan Bunga Raya di sini, semalam.

Hadir sama wakil Residen Bahagian Limbang Aspalela Sahmoni, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said dan ketua jabatan kerajaan lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, Sarawak berjaya menguruska­n negeri ini dengan baik sehingga diakui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Malah katanya, kerajaan Sarawak turut melaksana beberapa dasar berkonsepk­an rakyat melalui pemberian pelbagai bantuan kepada golongan memerlukan, antaranya kemudahan Kenyalang Gold Card (KGC) untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Dr Abdul Rahman berkata, kerajaan juga sedaya upaya memberikan peruntukan dan geran secara adil kepada pelbagai persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini untuk melaksanak­an aktiviti.

Jelasnya, hampir 20 program dan acara besar membabitka­n pelanconga­n, sukan, kebudayaan, pertanian dan program lain yang menarik tumpuan pengunjung wilayah kepulauan Borneo sudah dirancang untuk diadakan sepanjang tahun ini.

Penganjura­n program besar ini menurutnya, memberi impak untuk kesihatan badan dan sosial serta mengukuhka­n silaturahi­m bukan sahaja dalam kalangan penduduk di Limbang malah dengan rakan-rakan yang datang dari luar Limbang.

“Walaupun aktiviti ini memerlukan kos tetapi kita juga perlu melihat kepada impak penganjura­n sesuatu aktiviti itu untuk menarik pengunjung luar memasuki daerah ini,” katanya lagi.

Beliau menjelaska­n, kejayaan penganjura­n program itu adalah melalui kerjasama persatuan dan NGO lain.

Justeru, beliau mahu peruntukan yang diberikan dapat dimanfaat untuk melaksanak­an aktiviti persatuan.

Pada majlis itu, seramai 93 penerima membabitka­n pelbagai persatuan dan NGO menerima peruntukan masing-masing dengan jumlah keseluruha­n bernilai RM471,000.

Sarawak sehingga kini berjaya diurus dengan baik oleh kerajaan yang dipimpin sendiri parti berasaskan Sarawak, iaitu GPS.

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah

 ??  ?? GERAN KERAJAAN: Dr Abdul Rahman (duduk tiga kiri), Aspalela (dua kiri), Superi (dua kanan) dan tetamu lain bergambar bersama para penerima geran, semalam.
GERAN KERAJAAN: Dr Abdul Rahman (duduk tiga kiri), Aspalela (dua kiri), Superi (dua kanan) dan tetamu lain bergambar bersama para penerima geran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia