Utusan Borneo (Sarawak)

Alice edar 60 termometer dahi kepada 35 sekolah rendah di Parlimen Lanang

-

SIBU: Ahli Parlimen Lanang Alice Lau tampil mengedarka­n 60 unit termometer dahi kepada 35 sekolah rendah di kawasannya semalam.

Ia merupakan inisiatif pencegahan wabak koronaviru­s COVID-19 serta lebih murah dan higenik berbanding termometer telinga.

“Dengan termometer telinga, anda perlu menukar setiap penutup untuk setiap ukuran pemeriksaa­n kerana jika tidak ia (jangkitan) mudah merebak kepada orang lain,” katanya.

Alice juga memilih untuk tidak memberi topeng muka kerana perlu diganti selepas setiap penggunaan.

“Dengan termometer dahi, proses pemeriksaa­n juga agak cepat, hanya letakkan termometer antara 15 dan 50mm dari dahi,” jelasnya.

Alice berkata, sumbangan itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga terhadap virus itu.

“Saya memberikan antara dua hingga lima unit termometer kepada setiap sekolah bergantung kepada bilangan pelajar sekolah yang berkenaan. Bagi sekolah seperti SK Sibu Jaya dan SK SEDC dengan lebih daripada 1,000 pelajar, mereka akan menerima lima unit setiap satu.

“Kebanyakan sekolah mempunyai termometer sendiri tetapi ia tidak mencukupi terutama ketika wabak ini sedang menular,” katanya.

Sementara itu Guru besar SK SEDC Tan Wui Kang memuji langkah Alice menderma termometer kepada sekolah-sekolah.

“Saya mempunyai 700 pelajar dan dengan tiga unit yang disumbang oleh Alice, kami kini mempunyai lima unit. Ini akan membolehka­n kami melakukan pengukuran suhu hanya dalam masa setengah jam,” katanya.

Guru Besar SK Nanga Salim Aliyah Jamain pula berkata sekolahnya tidak pernah menerima termometer suhu badan daripada sesiapa pun sebelum ini.

“Bagi pihak sekolah, saya berterima kasih kepada Alice atas sumbangan termometer ini,” katanya.

 ??  ?? CUBA: Alice cuba mengukur suhu badan Tan pada majlis penyampaia­n termometer dahi semalam.
CUBA: Alice cuba mengukur suhu badan Tan pada majlis penyampaia­n termometer dahi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia