Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan harus sentiasa patuhi undang-undang demi kepentinga­n awam: Lau

-

SIBU: Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming mengingatk­an para wartawan agar sentiasa mematuhi undangunda­ng untuk kepentinga­n awam.

Berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Institut Wartawan Rejang (IRJ) semalam, beliau berkata ini terutama mengenai kerahsiaan individu yang mereka wawancara.

Lau memahami beberapa aspek tugas wartawan tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang tetapi adalah penting bagi mereka untuk mematuhi etika kewartawan­an.

“Para wartawan harus berusaha memberikan penjelasan yang tepat dan seimbang mengenai perkara yang mereka saksikan.

“Etika media dan tanggungja­wab sosial harus sentiasa menjadi kepentinga­n. Maklumat seperti pengetahua­n adalah kuasa,” jelasnya.

Menyentuh mengenai penularan berita palsu COVID19, Lau menyedari banyak tajuk berita yang kurang bermakluma­t ditularkan di media sosial.

“Semoga semua orang yang berada di sini hari ini akan merenungka­n persoalan ini apakah tanggungja­wab yang harus dilakukan oleh platform media untuk isu penularan berita palsu ini?” ujarnya.

Sementara itu, Lau berharap IRJ akan terus mengadakan acara sambutan perayaan seperti ini untuk mengukuhka­n keharmonia­n kaum dan perpaduan para wartawan tanpa mengira perbezaan budaya dan agama mereka.

“Kami berharap melalui acara sambutan perayaan seperti ini, wartawan semua kaum akan bergabung dan menjadi sebahagian daripada masyarakat majmuk di negeri ini,” katanya.

Sambutan dimeriahka­n dengan acara hiburan, cabutan tiket bertuah, pengagihan angpau kepada ahli-ahli IRJ dan keluarga.

Hadir sama ialah Presiden IRJ Monica Chua dan para penaja.

 ??  ?? SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Lau (tujuh kiri), Chua (enam kiri), penaja-penaja dan tetamu jemputan memotong kek Tahun Baharu Cina IRJ 2020.
SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Lau (tujuh kiri), Chua (enam kiri), penaja-penaja dan tetamu jemputan memotong kek Tahun Baharu Cina IRJ 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia