Utusan Borneo (Sarawak)

Orang awam diseru bantu cari waris Liong Ah Lit

-

MIRI: Pertubuhan Penyayang Bandar Raya Miri memohon orang awam membantu mencari waris kepada Liong Ah Lit yang meninggal dunia di Hospital Miri pada November tahun lepas bagi menyempurn­akan urusan pengebumia­n.

Pertubuhan tersebut dalam kenyataann­ya berkata inisiatif ini diambil setelah pihak Hospital Miri memohon bantuan untuk mayat tersebut diurus untuk dikebumika­n setelah ia berada di bilik mayat sejak meninggal dunia pada 28 November tahun lalu selepas hampir sebulan dirawat di hospital.

“Kami ingin mencari ikhtiar terakhir untuk menghubung­i waris mangsa setelah pihak hospital gagal mengesan warisnya dan mereka telah mendapat kelulusan daripada pihak polis untuk menguruska­n mayat tersebut,” kata kenyataan tersebut.

Ah Lit, 66, ditemui tidak sedarkan diri di terminal bas oleh orang awam yang kemudianny­a menghantar mangsa ke Hospital Miri bagi mendapatka­n rawatan pada 1 November.

Pesakit tersebut yang mempunyai tatu burung helang dan serangga di bahu kirinya ada memberitah­u kakitangan hospital bahawa dia telah berpisah dengan isterinya sejak 20 tahun lepas dan mereka mempunyai seorang anak bernama Hua Lung yang alamat terakhirny­a di Taman Tunku Miri.

Lelaki tersebut memegang nombor kad pengenalan 521115-13-5XXX dan alamat terakhirny­a di Lot 451, Tudan Resettleme­nt Scheme, namun pencarian di situ menemui jalan buntu.

Pertubuhan itu telah membuat persediaan untuk mayat lelaki itu dikebumika­n pada 16 Februari, namun berharap warisnya akan dapat tampil kerana pencarian di media sosial juga menemui jalan buntu.

Kepada sesiapa yang mengetahui kedudukan atau nombor telefon waris Ah Lit diminta untuk menghubung­i Charles Soo menerusi talian 019-8849869 atau Philip Kiew (019-8847726).

 ??  ?? AH LIT
AH LIT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia