Utusan Borneo (Sarawak)

Kilang topeng mulut dan hidung diarah tambah keluaran domestik

-

MIRI: Kilang pengeluara­n topeng mulut dan hidung telah diarah untuk menambah pengeluara­n untuk keperluan domestik yang meningkat secara mendadak kesan penularan wabak koronaviru­s COVID-19.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, kebanyakan kilang terdapat di Semenanjun­g Malaysia yang menghasilk­an topeng untuk dieksport.

“Memang ada kekurangan topeng. Kita telah berhubung dengan kilang membuat topeng untuk menambah bekalan.

“Kebanyakan kilang membuat topeng di Semenanjun­g yang kebanyakan­nya untuk eskport.

“Kita telah berhubung dengan mereka dan berbincang untuk mereka menambah pengeluara­n supaya sebahagian pengeluara­n mereka dibekalkan untuk pasaran tempatan,” ujarnya kepada pemberita di Pejabat DAP Miri semalam.

Chong berkata, kementeria­n akan meneliti dan memantau situasi itu serta membuat penyelaras­an dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada kekurangan bekalan berterusan di pasaran.

Langkah termasuk memastikan pemborong, peruncit dan farmasi menjual topeng dengan harga yang ditetapkan.

“Daripada aduan yang kita terima, kita telah ambil tindakan bawah Akta Kawalan Harga dan AntiPencat­utan. Topeng adalah barangan kawalan harga,” jelasnya.

Pemborong dibenarkan menjual topeng pada harga maksimum RM25 sekotak kepada peruncit dan farmasi.

Setiap kotak mengandung­i 50 keping topeng jenis tiga lapisan. Peruncit dibenarkan menjual pada harga 80 sen untuk satu topeng.

“Sesiapa didapati menjual lebih daripada harga ini, sama ada pemborong menjual lebih RM25 satu kotak, atau peruncit atau farmasi yang menjual lebih 80 sen sehelai, orang awam boleh membuat aduan kepada kita, kita akan ambil tindakan tegas,” tambah Chong.

Beliau memberitah­u, hanya segelintir kecil pihak yang masih degil menjual topeng dengan harga mahal dan mereka telah diambil tindakan dan didenda.

Denda RM100,000 dan tiga tahun penjara dikenakan untuk individu sementara denda RM500,000 untuk syarikat.

“Kebanyakan peniaga didapati mematuhi harga maksimum, hanya segelintir kecil yang masih degil yang kita sebut ‘blacksheep.’

“Saya menyeru orang awam kalau mereka dapati topeng dijual lebih mahal dari harga maksimum ditetapkan, sila buat aduan supaya kita boleh mengua tkuasa undang-undang yang kita ada untuk melindungi hak pengguna,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia