Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP Limbang catat 22 kes pelbagai kesalahan sejak Jan

Kes terbesar rampasan kapal tangki minyak dalam Ops Libas, 7 Feb

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bahagian Limbang merekodkan 22 kes membabitka­n pelbagai kesalahan dalam tempoh Januari hingga kelmarin dengan rampasan bernilai RM1.4 juta.

Ketua Cawangan KPDNHEP Limbang Pulnama Tarah berkata, pihaknya juga mengenakan kompaun sebanyak RM2,500 mem- babitkan 1,185 premis yang diperiksa sepanjang tempoh tersebut.

“Daripada jumlah itu, sebanyak dua kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, sembilan kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, enam kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dan lima kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya pada satu kenyataan semalam.

Pulnama berkata, KPDNHEP menerima kes terbesar berikutan rampasan sebuah kapal tangki minyak dalam Ops Libas yang melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Limbang pada 7 Februari lepas.

Pihak penguat kuasa KPDNHEP Limbang seterusnya melakukan pemeriksaa­n ke atas kapal tersebut yang membawa muatan iaitu minyak diesel sebanyak 100,000 liter dengan nilai rampasan sekitar RM1.4 juta.

Pulnama Tarah

Ketua Cawangan KPDNHEP Limbang

Jelas beliau dalam operasi tersebut, PGA dan SPRM Limbang menahan sebuah kapal tangki minyak diesel bersama juragan dan lima anak kapal di sebuah kawasan ‘log pond’ di Kubong.

“Pihak penguat kuasa KPDNHEP Limbang seterusnya melakukan pemeriksaa­n ke atas kapal tersebut yang membawa muatan iaitu minyak diesel sebanyak 100,000 liter dengan nilai rampasan sekitar RM1.4 juta.

“Pihak penguat kuasa kemudian bertindak menyita kesemua barang yang dijumpai untuk siasatan lanjut berhubung kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Hasil siasatan awal, Pulnama memberitah­u kesemua suspek tidak memiliki lesen atau kebenaran untuk mengendali­kan barang kawalan iaitu minyak diesel yang dijumpai di dalam kapal tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3 (1) Peraturanp­eraturan Kawalan Bekalan 1974,” jelasnya.

 ??  ?? TUMPAS: Anggota penguat kuasa KPDNHEP ketika memeriksa kapal tangki minyak baru-baru ini.
TUMPAS: Anggota penguat kuasa KPDNHEP ketika memeriksa kapal tangki minyak baru-baru ini.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Tenaga pengajar ETA dan guru-guru mentor merakamkan kenangan bersama Zulkipli (enam kiri) dan pegawai-pegawai kanan polis Bintulu.
UNTUK ALBUM: Tenaga pengajar ETA dan guru-guru mentor merakamkan kenangan bersama Zulkipli (enam kiri) dan pegawai-pegawai kanan polis Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia