Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Bintulu pergiat cegah jenayah melalui Hari Bertemu Pelanggan

-

BINTULU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu terus mempergiat­kan usaha pencegahan jenayah dengan menganjurk­an Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Masyarakat Kampung Jepak, kelmarin.

Program itu dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili dan disertai pegawai-pegawai kanan polis Bintulu.

Program berbentuk dialog itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat, agensi kerajaan dan swasta agar dapat bekerjasam­a dengan pihak polis dalam pencegahan jenayah.

Antara yang diberi tumpuan adalah mendengar dan menyelesai­kan aduan orang ramai melalui kaunter pertanyaan, menggalak dan membina kerjasama erat antara polis dan masyarakat serta interaksi secara langsung dengan masyarakat melalui dialog.

Isu-isu yang dibangkitk­an ialah jenayah siber atau penipuan siber, ceramah pencegahan jenayah, memperkasa komuniti atau Skim Rondaan Sukarela (SRS) serta memberi pengetahua­n, sokongan dan kesedaran tentang kepentinga­n mencegah jenayah.

Isu-isu sosial untuk mewujudkan komuniti sihat dan persekitar­an selamat dalam masyarakat turut diberi penekanan melalui ceramah dan taklimat yang disampaika­n oleh Zulkipli dan pegawai-pegawai kanan polis Bintulu.

Ia melibatkan pelbagai cawangan bagi memastikan maklumat tentang isu-isu jenayah,

penyalahgu­naan dadah, kesalahan lalu lintas serta jenayah komersil dapat disebarkan secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat.

Program yang turut diadakan di beberapa lokasi sekitar Bintulu itu mendapat sambutan baik dari pelbagai lapisan masyarakat terdiri daripada ketua-ketua masyarakat, ketua-ketua kaum, agensi kerajaan, swasta dan penduduk Kampung Jepak.

 ??  ?? MESRA: Zulkipli dan pegawai-pegawai kanan polis bersalaman dengan ketua-ketua masyarakat dan ketua kaum di Kampung Jepak.
MESRA: Zulkipli dan pegawai-pegawai kanan polis bersalaman dengan ketua-ketua masyarakat dan ketua kaum di Kampung Jepak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia