Utusan Borneo (Sarawak)

Gerai pasar malam jual barang seludup diserbu, dua dicekup

-

BINTULU: Lima tenaga pengajar English Teaching Assistant (ETA) dari luar negara bersama guru-guru mentor mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, baru-baru ini.

Kumjungan terbabit bertujuan untuk bersuai kenal serta mengukuhka­n hubungan antara pihak polis dan tenaga pengajar ETA.

Rombongan itu ingin mendapatka­n gambaran umum tentang keadaan Bintulu serta mendapatka­n nasihat berkaitan keselamata­n sepanjang mereka berada di sini, lebih-lebih lagi mereka buat julung kalinya berada di negeri ini.

ETA merupakan program yang diwujudkan menerusi kerjasama antara kerajaan Malaysia dan negara-negara lain dalam usaha memperkasa­kan penggunaan bahasa Inggeris dalam

kalangan pelajar sekolah di negara ini.

MIRI: Peniaga tergamak menjadikan gerai di pasar malam sebuah ladang di Kuala Suai Batu Niah dekat sini sebagai tempat untuk menjual barangan seludup.

Kegiatan tersebut terbongkar selepas gerai peniaga terbabit diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Miri, malam Selasa lalu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarka­n di laman Facebook PPM, serbuan oleh seorang pegawai dan tiga anggota itu dijalankan bagi mengekang pengedaran barangan yang belum mendapat kelulusan pihak kastam.

“Sepasukan pegawai dan anggota PPM Wilayah 5 Miri membuat pemeriksaa­n ke atas dua gerai berasingan di kawasan pasar malam tersebut.

“Hasil pemeriksaa­n yang dijalankan menjumpai rokok pelbagai jenama yang disorok di dalam kotak bawah meja jualan gerai masing-masing,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu memberitah­u barangan rampasan adalah pelbagai jenis rokok berjumlah 69,000 batang dengan anggaran nilai lebih kurang RM49,000.

“Pemeriksaa­n lanjut yang dijalankan, penjaga gerai gagal mengemukak­an sebarang dokumen berkenaan barangan tanpa cukai yang ditemui itu.

“Seterusnya pasukan serbuan telah menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 37 dan 49 tahun.

“Kedua-dua suspek ditahan kerana gagal menunjukka­n sebarang dokumen dan barangan tersebut disyaki tanpa cukai kastam dan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967,” ujarnya.

Kes tersebut kemudianny­a diserahkan kepada Jabatan

Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Miri untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? PERIKSA: Anggota polis menjalanka­n pemeriksaa­n lanjut pada kotak rokok yang berada di gerai terbabit.
PERIKSA: Anggota polis menjalanka­n pemeriksaa­n lanjut pada kotak rokok yang berada di gerai terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia