Utusan Borneo (Sarawak)

Guna kepakaran universiti lonjak industri perkapalan

Kerjasama bantu jadikan industri di Sibu lebih kompetitif

- Oleh Florence Nervyn

Kerjasama akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak kerana universiti tempatan tidak mempunyai dana yang cukup untuk melakukan penyelidik­an dan kajian, anda pula tidak memiliki kepakaran.

SIBU: Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling mencadangk­an industri pembinaan dan pembaikan kapal di sini bekerjasam­a dengan universiti tempatan untuk memajukan industri tersebut.

Beliau berkata, kerjasama itu akan membantu industri perkapalan di Sibu lebih kompetitif dalam pasaran dunia.

“Industri pembuatan kapal adalah salah satu penyumbang utama kepada ekonomi Sarawak dan negara.

“Kita melihat negara-negara maju sudah menggunaka­n AI (kecerdasan buatan), tetapi kita masih tidak ada teknologi ini di Sibu.

“Kerjasama akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak kerana universiti tempatan tidak mempunyai dana yang cukup untuk melakukan penyelidik­an dan kajian, anda pula tidak memiliki kepakaran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Angkat Sumpah Jawatankua­sa Persatuan Perkapalan Sibu (SSA) dan Tahun Baharu Cina 2020 di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Ling berkata, beliau faham bahawa industri pembinaan kapal menghadapi banyak cabaran

Oscar Ling

Ahli Parlimen Sibu

justeru industri itu mesti sentiasa memikirkan cara untuk menanganin­ya.

Menurutnya, kerajaan persekutua­n sentiasa membangunk­an industri dengan dana untuk mereka yang ingin melabur dalam teknologi terbaharu bagi memajukan industri masing-masing.

“Sebagai contoh, jika ada teknologi terbaharu yang digunakan dalam industri ini dan anda ingin melabur, tetapi tidak mempunyai dana yang mencukupi. Anda boleh memohon pinjaman yang disediakan oleh kerajaan untuk membolehka­n anda melabur dalam teknologi itu,” jelasnya.

Ling turut mengumumka­n peruntukan geran sebanyak RM5,000 kepada persatuan itu.

Sementara itu, Residen Sibu

Charles Siaw dalam ucapannya berkata, industri pembinaan dan pembaikan kapal perlu terus meningkatk­an keupayaann­ya dengan teknologi moden.

“Secara asasnya, industri perlu memahami bahawa transforma­si digital bukan tentang membuat semua menjadi digital.

“Ia adalah tentang mengubah perniagaan dari atas ke bawah yang memanfaatk­an teknologi tepat untuk menyelaras­kan objektif strategik,” katanya.

Majlis angkat sumpah jawatankua­sa baharu SSA menyaksika­n Ting Hua Ang dilantik sebagai pengerusi baharu menggantik­an Ngieng Ping Sing.

Hadir sama ialah pengerusi penganjur Lau Choo Kuang dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau.

 ??  ?? ANGKAT SUMPAH: Ting (tiga kanan) mengetuai upacara angkat sumpah jawatankua­sa baharu SSA sambil disaksikan Ling (dua kiri) dan Siaw (kiri).
ANGKAT SUMPAH: Ting (tiga kanan) mengetuai upacara angkat sumpah jawatankua­sa baharu SSA sambil disaksikan Ling (dua kiri) dan Siaw (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia