Utusan Borneo (Sarawak)

Panduan berkesan untuk belajar berkumpula­n

-

BELAJAR secara berkumpula­n boleh menjadi cara pembelajar­an yang berkesan kerana segelintir daripada kita boleh mendapat lebih banyak masa belajar ketika belajar dalam kumpulan.

Tetapi ada masanya, belajar berkumpula­n juga mempunyai cabaran kerana anda akan berdepan dengan perselisih­an pendapat, terutama jika semua orang berasa tertekan dengan peperiksaa­n yang akan dihadapi.

Belajar berkumpula­n memerlukan ahli yang bermotivas­i serta kaedah yang betul dan berikut adalah beberapa panduan berkesan yang berguna ketika anda belajar secara berkumpula­n:

Tetapkan saiz kumpulan

yang betul

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mencari rakan belajar yang mempunyai minat yang sama.

Sebaik-baiknya, anda tidak memerlukan ahli kumpulan yang ramai, dua atau tiga orang adalah memadai.

Jika terlalu ramai ahli, anda akan dapati amat sukar untuk mengurus kumpulan anda (termasuk anda sendiri) dan anda juga akan mudah terganggu dengan aktiviti yang tidak relevan dengan pembelajar­an.

Tetapkan jadual

masa belajar

Menentukan jadual dan

temglobali­sasi, poh masa untuk belajar secara berkumpula­n adalah penting.

Ia bertujuan untuk mengelakka­n sesi pembelajar­an yang berpanjang­an dan memastikan bahawa anda tidak membazirka­n masa yang berharga.

Lantik seorang moderator

Jika anda belajar dalam satu kumpulan, anda mudah terganggu terutama jika dikeliling­i oleh kawan-kawan anda.

Kadang-kadang, anda boleh melakukan perkara lain seperti bergosip atau menonton video Youtube daripada belajar.

Oleh itu, peranan seorang moderator adalah untuk memastikan semua ahli kumpulan patuh kepada jadual dan masa yang ditetapkan.

Semak semula apa yang

telah anda pelajari

Sebelum sesi belajar dimulakan, anda disarankan untuk menyedia dan mengenal pasti perkara-perkara penting dalam bahan-bahan yang akan dibincangk­an.

Sepanjang sesi, anda boleh berbincang dan menguji satu sama lain dengan mengadakan kuiz seolah-olah anda sedang menduduki ujian lisan.

Cara demikian juga bertujuan untuk memastikan anda dapat mengenal pasti perkara dalam bahan kajian yang anda tidak fahami.

Memberi ganjaran kepada

diri anda

Oleh kerana anda akan menghabisk­an banyak masa untuk belajar, memastikan diri anda kekal bermotivas­i boleh menjadi sukar.

Oleh itu, bagi memastikan anda sentiasa kekal bersemanga­t, rancangkan aktiviti sosial untuk anda dan rakan-rakan. Sebagai contoh, anda boleh menonton wayang, bersukan mahupun berkunjung ke pusat beli-belah yang terdekat.

Ia adalah bagi memastikan anda dan rakan-rakan anda mengekalka­n momentum pembelajar­an dan bersedia dari segi mental untuk sesi pembelajar­an yang seterusnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia