Utusan Borneo (Sarawak)

Ia turut menyemarak­kan perpaduan dalam masyarakat: Andrew

-

KUCHING: Komuniti Harapan Malaysia (KHM) boleh dijadikan sebagai penghubung komuniti untuk menyebarka­n maklumat berkaitan kerajaan.

Ahli Parlimen Sarikei Andrew Wong Ling Biu berkata, penubuhan KHM melalui platform yang disediakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia merupakan satu inisiatif yang amat baik.

Jelasnya, setiap ahli KHM dapat membantu menyampaik­an maklumat kerajaan serta menyemarak­kan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Dalam konteks keadaan semasa, saya percaya KHM dapat membantu menyebarka­n maklumat berkaitan wabak COVID-19 kepada masyarakat setempat.

“Ini terutama berkaitan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil menerusi platform media sosial,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Gong Xi Fa Cai@Komuniti 2020 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Sarikei, malam kelmarin.

Sementara itu, Andrew berkata ada maklumat yang diterima menerusi media sosial lebih bersifat sensasi dan diragui kesahihann­ya.

“Justeru, saya menyeru masyarakat untuk memastikan kebenaran dan kesahi

Dalam konteks keadaan semasa, saya percaya KHM dapat membantu menyebarka­n maklumat berkaitan wabak COVID-19 kepada masyarakat setempat.

Andrew Wong Ling Biu

Ahli Parlimen Sarikei

han sesuatu maklumat yang diperolehi terlebih dahulu sebelum mempercaya­inya serta menyebar luas maklumat tersebut kepada orang sekeliling,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Swady Guliling dalam ucapannya berkata, program itu bertujuan untuk mengukuhka­n perpaduan, kemakmuran dan keharmorni­an dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama dan budaya.

“Dengan lebih 1,700 KHM ditubuhkan di seluruh negara, ia mampu menjadi komunikato­r yang baik dalam membantu menyampaik­an dasar-dasar kerajaan,” jelasnya.

Turut hadir Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Aziz Abdul Rahman, Pegawai Penerangan Daerah Sarikei Joseph James serta pengerusip­engerusi KHM bahagian Sarikei.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Andrew merakamkan kenangan bersama para jemputan pada majlis Gong Xi Fa Cai@Komuniti 2020 di Sarikei, malam kelmarin.
UNTUK ALBUM: Andrew merakamkan kenangan bersama para jemputan pada majlis Gong Xi Fa Cai@Komuniti 2020 di Sarikei, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia