Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan DBKU diingat amal pendekatan mesra pelanggan

-

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) Datu Junaidi Reduan mengingatk­an seluruh kakitangan­nya agar sentiasa mengamalka­n pendekatan mesra rakyat ketika menawarkan perkhidmat­an atau berurusan dengan orang ramai.

Menurut beliau, majikan sebenar kakitangan DBKU adalah orang awam dan pelanggan yang sentiasa mempunyai hak untuk menentukan apa yang dimahukan mereka.

“Bos sebenar bukan pengarah, bukan Datuk Bandar, bukan ahli politik. Oleh itu, anda perlu melayan mereka (orang ramai) dengan baik.

“Mereka membayar untuk mendapatka­n perkhidmat­an kita, sudah tentu mereka juga mengharapk­an perkhidmat­an yang baik daripada pihak kita.

“Walaupun aduan atau permintaan mereka kadang kala amat keterlalua­n, dan kita pada masa yang sama tidak mempunyai masa atau kekurangan kakitangan, tetapi mereka masih perlu dilayan dengan baik,” ujarnya ketika berucap pada Perhimpuna­n Bulanan DBKU di Auditorium DBKU di sini, semalam.

Junaidi juga mengingatk­an kakitangan DBKU agar lebih berdisipli­n, komited, menyemai rasa kepunyaan dalam organisasi dan bekerjasam­a sebagai satu pasukan.

Jika demikian katanya, setiap tanggungja­wab dan pekerjaan yang diberikan sudah tentu akan dapat dilaksanak­an dengan hati yang ikhlas dan baik serta memberi gambaran yang baik kepada orang ramai mengenai DBKU.

“Ruang terbesar di dunia ini adalah ruang untuk penambahba­ikan. Kita harus memikirkan bagaimana untuk memperbaik­i diri kita sendiri,” tambahnya.

Pada majlis itu, Junaidi turut menyampaik­an anugerah dan hadiah kepada para pemenang pertanding­an yang diadakan sempena Hari Integriti dan Inovasi dan Hari Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan DBKU 2019.

Selain itu, kakitangan DBKU yang bersara wajib dan bersara pilihan menerima sijil penghargaa­n atas perkhidmat­an mereka, manakala sesi perkenalan dengan kakitangan baharu juga diadakan.

Turut hadir Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad.

 ??  ?? TAHNIAH: Junaidi (kanan) menyampaik­an anugerah dan hadiah Hari Integriti dan Inovasi dan Hari Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan DBKU 2019 kepada salah seorang penerima semalam. Turut kelihatan Morshidi (tengah).
TAHNIAH: Junaidi (kanan) menyampaik­an anugerah dan hadiah Hari Integriti dan Inovasi dan Hari Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan DBKU 2019 kepada salah seorang penerima semalam. Turut kelihatan Morshidi (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia