Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor IKS di Malaysia perlu beralih kepada IR4.0: Wong

-

KOTA SAMARAHAN: Industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini tiada pilihan melainkan mengadapta­si, melaksana dan menguasai Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)

Pengerusi Industri Elektronik Amerika di Malaysia (MAEI) Datuk Seri Wong Siew Hai berkata pelaksanaa­n IR4.0 akan membantu IKS meningkatk­an produktivi­ti, kualiti, perkhidmat­an dan sebagainya.

“Saya berpendapa­t kerajaan telah melaksanak­an pelbagai usaha yang betul-betul hebat untuk menggalakk­an lebih banyak syarikat di Malaysia, mengadapta­si, menguasai dan melaksanak­an IR4.0 kerana ia membawa pulangan besar kepada syarikat itu sendiri.

“Sekarang semuanya terserah kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk melangkah ke hadapan dan menerima tawaran juga cabaran tersebut. Kerajaan telah menyediaka­n geran bagi automasi dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an ceramah bertajuk ‘Learn from The CEO: Personal Journey to Corporate World’ di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), kelmarin.

Ceramah itu dianjurkan oleh Fakulti Sains Kognitif dan Pembanguna­n Manusia, UNIMAS dengan objektif utama mendedahka­n pelajar

UNIMAS khasnya mengenai peluang-peluang serta cabaran baharu lahir daripada IR4.0.

Wong yang juga Pengerusi Dewan Perdaganga­n Amerika di Malaysia (AMCHAM) menambah, IKS negara berpendapa­t pelaksanaa­n IR4.0 memerlukan kos tinggi sehingga menyekat hasrat mereka beralih ke arah itu.

“Bagi syarikat multinasio­nal dan industri berskala besar tempatan mereka sudah melaksanak­an IR4.0. Itu bukan kebimbanga­n kita.

“Sekarang kita perlu memberi tumpuan kepada industri kecil dan sederhana negara,” tambahnya.

Mengenai dasar ekonomi digital dilaksanak­an kerajaan negeri Sarawak, Wong percaya ia boleh membawa Sarawak kepada ekonomi berpendapa­t tinggi jika ia dilaksanak­an dengan strategi serta perancanga­n yang betul.

“Sebenarnya saya tidak begitu biasa dengan dasar ekonomi digital Sarawak. Bagaimanap­un, jika ada aspirasi sedemikian dan dengan strategi serta pelan yang baik ia boleh dicapai (negeri maju menjelang 2030).

“Sudah tentu kamu memerlukan orang yang betulbetul berkeboleh­an untuk memacukann­ya dan dengan sokongan positif kerajaan, saya berpendapa­t tiada yang mustahil,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia