Utusan Borneo (Sarawak)

Perhimpuna­n Tahun Baharu Cina PKR Miri wadah persiapan PRN

-

MIRI: Perhimpuna­n sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri pada 16 Februari ini adalah wadah persiapan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PKR Miri Dr Michael Teo berkata, majlis berskala besar itu dijangka dihadiri pemimpin parti dari Semenanjun­g.

“Kita dengar pilihan raya akan diadakan dan kita mesti bersedia.

“Ini adalah permulaan yang baik tahun ini. Kita sudah bersedia menghadapi pilihan raya. Justeru, kita gunakan majlis ini sebagai wadah berkumpul membuat persiapan,” ujarnya pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Miri, semalam.

Dr Teo yang juga Ahli Parlimen Miri berkata, kira-kira 1,500 ahli PKR dan Pakatan Harapan dijangka hadir bagi memberikan sokongan pada majlis itu.

Majlis itu akan diadakan di Pusat Komuniti Keadilan yang baharu di Jalan Brighton pada jam 5.30 petang dan terbuka kepada orang awam.

“Kami hanya melakukan bahagian kami kerana pilihan raya boleh berlaku pada bilabila masa. Kita mesti bermula lebih cepat. Itulah sebabnya kita mempunyai perhimpuna­n ini,” jelasnya.

Beliau menambah, ia adalah perhimpuna­n pertama di Miri dan akan diadakan di seluruh Sarawak.

Orang ramai terutama penyokong Pakatan Harapan dan PKR dialu-alukan datang, katanya.

Perhimpuna­n akan dimeriahka­n dengan acara tarian singa dan pemberian angpau kepada kanak-kanak.

Dr Teo menambah, pada 15 Februari PKR Miri akan mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa pemimpin kebangsaan dengan fokus pada pemilihan selain membincang­kan perancanga­n strategi.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Dr Teo (tiga kanan) pada sidang media sempena Perhimpuna­n Tahun Baharu Cina PKR Miri, semalam.
SERTAI KAMI: Dr Teo (tiga kanan) pada sidang media sempena Perhimpuna­n Tahun Baharu Cina PKR Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia