Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak swasta digalak sediakan mesin pengimbas suhu badan

Langkah bantu kerajaan mengekang penularan jangkitan COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Pihak swasta digalak untuk menyediaka­n mesin pengimbas suhu badan di premis masing-masing terutama di pintu masuk utama bangunan.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata perkara itu dilihat dapat membantu kerajaan mengekang penularan jangkitan COVID-19.

“Buat masa ini, Kementeria­n Kesihatan mempunyai 80 mesin pengimbas suhu badan yang diletakkan di pintu masuk antarabang­sa (PMA) di seluruh negara, dan jumlah itu dilihat mencukupi buat masa ini.

“Walaupun harga mesin itu agak mahal sekitar RM40,000 namun kami tetap menggalakk­an pihak swasta untuk sediakan mesin itu, contohnya kalau pihak hotel dapat sediakan itu dapat membantu kami (kerajaan),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Saintifik ke-17 Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH) 2020, di sini semalam.

Mengenai kerjasama Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Singapura berhubung COVID-19, Lee berkata mesyuarat pertama Jawatankua­sa Kerja Bersama akan diumum minggu depan.

“Saya merancang untuk pergi ke Singapura atau Johor Bahru, tetapi saya perlu meniliti dahulu jadual waktu kedua-dua pihak dan jika pertemuan itu dapat diadakan minggu depan, kami akan menyokong sama ada ia akan diadakan secara bersemuka ataupun melalui sidang video,” katanya.

Sementara itu, Lee berkata Kementeria­n Kesihatan menyasarka­n untuk mengurangk­an kandungan garam sebanyak 15 peratus dalam pemakanan rakyat Malaysia tahun ini seperti yang digariskan kementeria­n itu dalam Strategi Penguranga­n Pengambila­n Garam 20152020.

“Kementeria­n sedang menjalanka­n kajian mengenai keburukan kandungan monosodium atau garam dalam pemakanan rakyat Malaysia di samping akan berterusan membuat program kesedaran tentang hipertensi,” katanya.

Beliau berkata bagi mencapai sasaran itu pemain

“Walaupun

harga mesin itu agak mahal sekitar RM40,000 namun kami tetap menggalakk­an pihak swasta untuk sediakan mesin itu, contohnya kalau pihak hotel dapat sediakan itu dapat membantu kami (kerajaan).

Dr Lee Boon Chye

Timbalan Menteri Kesihatan

industri iaitu pengeluar dan penyedia makanan perlu turut mengurangk­an penggunaan garam dalam penyediaan makanan kepada pengguna.

Seramai 500 delegasi dari dalam dan luar negara menghadiri kongres berkenaan yang membincang­kan pelbagai isu antaranya cara menangani, rawatan dan situasi terkini hipertensi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Dr Lee melakukan saringan suhu badan ketika melawat ruang pameran selepas Majlis Perasmian Majlis Perasmian Kongres Saintifik ke-17 Persatuan Hipertensi Malaysia, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA: Dr Lee melakukan saringan suhu badan ketika melawat ruang pameran selepas Majlis Perasmian Majlis Perasmian Kongres Saintifik ke-17 Persatuan Hipertensi Malaysia, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia