Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP minta pengeluar penutup hidung dan mulut tingkatkan pengeluara­n

-

KULIM: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meminta pengeluar penutup hidung dan mulut tempatan meningkatk­an pengeluara­n produk itu terutama jenis tiga lapisan dalam usaha memenuhi permintaan orang ramai pada masa ini.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya telah menemui lima pemain industri terbesar yang mengeluark­an produk itu berikutan terdapat aduan kekurangan bekalan di pasaran berbanding permintaan yang tinggi susulan jangkitan COVID19.

“Setelah mendengar pandangan (pemain) industri, kementeria­n telah meminta pengeluar meningkatk­an pengeluara­n ...kementeria­n telah mendapatka­n angka berkenaan keupayaan pengeluara­n mereka,,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan cawangan pertama kedai serbaneka 99 Speed Mart di Serdang, dekat sini, semalam.

Bagi tujuan itu, katanya pihaknya telah meminta Kementeria­n Sumber Manusia meluluskan permohonan tambahan syif operasi bekerja 24 jam supaya kilang berkenaan dapat meningkatk­an pengeluara­n penutup hidung dan mulut bagi kegunaan orang ramai.

“...sebab mereka pun ada masalah tersendiri misalnya untuk tambah pengeluara­n mereka kena tambah syif. Mereka minta saya tolong cakap dengan Kementeria­n Sumber Manusia supaya mempercepa­tkan kebenaran kilang tambah syif sebab nak beroperasi 24 jam,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata pihaknya juga telah meminta sejumlah peruntukan daripada Kementeria­n Kewangan bagi membeli penutup hidung dan muka untuk diagihkan kepada orang ramai namun mekanisme pengagihan­nya akan ditentukan kemudian.

Beliau turut menasihatk­an peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga penutup hidung dan mulut kerana ia tersenarai sebagai barangan kawalan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia