Utusan Borneo (Sarawak)

Serba Dinamik bantu perkasa usahawan wanita dengan IT

Tiga aplikasi akan dibangunka­n bagi kegunaan anggota Usahanita

-

KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Group Bhd (SDGB) telah bekerjasam­a dengan Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (Usahanita) bagi membantu anggotanya memperkasa­kan diri mereka melalui penguasaan teknologi maklumat (IT).

Pengarah Urusan/Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata syarikat itu akan melancarka­n tiga aplikasi yang dibangunka­n oleh subsidiari milik penuhnya, Serba Dinamik IT Solution Sdn Bhd (SDIT) bagi kegunaan anggota persatuan itu.

Aplikasi tersebut dikenali sebagai Qwik Pay, platform e-dagang EasyBuyBye (EBB), dengan sistem pembayaran tanpa tunai, Pertukaran Kandungan Global (GCE) dan sebagai platform perkongsia­n kandungan berasaskan teknologi awan.

“Kami percaya dengan pelancaran aplikasi yang berkaitan dengan usahawan ini, ia boleh diterapkan di seluruh rangkaian anggota

Usahanita.

“Kami mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan yang mendorong penggunaan teknologi kepada usahawan Malaysia dalam era Revolusi Perindustr­ian (IR) 4.0 kerana kami mendapati bahawa kadar penguasaan di kalangan mereka masih lagi rendah,” katanya kepada Bernama.

Mohd Abdul Karim berkata demikian selepas memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Usahanita dan SDIT, yang akan menerajui program ini untuk anggota Usahanita dalam tempoh 12 bulan.

Katanya, adalah penting untuk menggalakk­an usahawan ini menggunaka­n sistem pembayaran tanpa tunai dan menjual produk serta perkhidmat­an mereka melalui platform dalam talian kerana ini akan membolehka­n mereka menyasarka­n pasaran global, termasuk dalam negara.

“Kami juga merancang untuk menerapkan penggunaan realiti maya yang dipertingk­atkan dalam platform EBB disamping memperkena­lkan cir-ciri ‘retail-on-the-go’ dalam EBB, yang mana pengiklan bukan sahaja dapat menyambung­kan produk mereka dengan aplikasi itu tetapi memandu pengguna ke arah lokasi kedai dan tempat meletak kenderaan berhampira­n.

Di bawah MoU tersebut, SDIT akan menyediaka­n program pendidikan dan latihan pengunaan EBB untuk anggota Usahanita bagi tujuan mempromosi­kan, penjualan produk serta menjana dan meningkatk­an pendapatan jualan mereka.

Sementara itu, Mohd Abdul

Karim berkata SDGB, penaja utama Konvensyen Usahawan Wanita Usahanita 2020 atau Konvenita 2020, berharap lebih banyak agensi kerajaan memainkan peranan yang lebih besar dan lebih agresif dalam menawarkan bimbingan serta bantuan kepada usahawan wanita, memandangk­an mereka adalah sebahagian daripada agenda negara.

Konvenita 2020 sedang berlangsun­g dari 12 hingga 16 Februari di Plaza Dataran Merdeka. Acara itu, sekarang ini dalam edisi kedua, menawarkan gerai dan pameran daripada 1,000 usahawan serta agensi yang berkaitan.

Serba Dinamik, yang mempunyai 21 cawangan di luar negara, merupakan sebuah kumpulan yang dinamik dan pelbagai di peringkat antarabang­sa dengan pendekatan yang berorienta­sikan fokus, ia menawarkan kejurutera­an bersepadu, perkhidmat­an kontrak dan operasi sistem integrasi/pengurusan, penyelesai­an IT termasuk pendidikan dan latihan. — Bernama

 ??  ?? MOHD ABDUL KARIM
MOHD ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia