Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airlines lancar penerbanga­n terus dari Kuala Lumpur ke Kertajati

-

KUCHING: Malaysia Airlines baru-baru ini melancarka­n penerbanga­n terus dari Kuala Lumpur ke Kertajati, sekali gus menjadikan­nya sebagai syarikat penerbanga­n Malaysia pertama yang berbuat demikian.

Perkhidmat­an dua kali seminggu itu dikendalik­an oleh pesawat B737-800 dengan 160 tempat duduk termasuk 16 kelas pertama, menurut kenyataan akhbar yang dikeluarka­n oleh pihak Malaysia Airlines semalam.

Katanya juga, penerbanga­n tersebut akan mendarat ke lapangan terbang kedua terbesar di Indonesia, Lapangan Terbang Antarabang­sa Jawa Barat, Kertajati.

“Penerbanga­n MH845 berlepas dari Kuala Lumpur pada 13 Februari lalu, jam 6.20 malam dan tiba di Kertajati jam 7.45 malam.

“Manakala penerbanga­n pulang MH844 berlepas dari Kertajati jam 8.25 malam dan tiba di Kuala Lumpur pada 12.10 pagi berikutnya,” ujar kenyataan terbabit.

Justeru untuk meraikan perkhidmat­an baharu ini, satu acara telah diadakan di Kertajati yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Amal Malaysia Airlines Hazman Hilmi Sallahuddi­n, Ketua Sub Bahagian untuk Pemiawaian Keselamata­n Penerbanga­n Dwi Apriyanto, Biro Maklumat dan Komunikasi Awam Kementeria­n Pengangkut­an, Republik Indonesia, Sutriyono serta beberapa pegawai kanan kerajaan tempatan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kapten Izham Ismail berkata, pihaknya gembira kerana Kertajati telah ditambahka­n ke rangkaian Malaysia Airlines kerana ia memberikan rangkaian yang lebih luas antara bandar-bandar Indonesia ke seluruh rangkaiann­ya yang lain.

“Dalam masa yang sama, ia memberikan peluang kepada penumpang kami untuk menerokai Kertajati.

“Ia juga selaras dengan kempen Fly Malaysia kami dan sekali gus menyokong Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan menggalakk­an pelancong luar untuk meneroka tarikan alam semula jadi Malaysia dan mercu tanda ikonik,” ujar beliau.

Menurut beliau juga, Kertajati merupakan destinasi ketujuh Malaysia Airlines di Indonesia, dan ini mengukuhka­n lagi hubungan negara dengan jiran ASEAN iaitu Indonesia.

Malaysia Airlines kini menghubung­kan Kuala Lumpur ke enam destinasi Indonesia lain iaitu Jakarta, Surabaya, Medan, Bali, Pekanbaru dan Solo.

 ??  ?? TAMBAH RANGKAIAN: Hazman bersama Dwi Apriyanto serta pegawai kanan kerajaan tempatan pada majlis tersebut.
TAMBAH RANGKAIAN: Hazman bersama Dwi Apriyanto serta pegawai kanan kerajaan tempatan pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia