Utusan Borneo (Sarawak)

Accord serba baharu dibuka untuk tempahan

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta dari Jepun, Honda telah membuka tempahan untuk model Accord generasi ke-10 di semua 100 syarikat pengedarny­a di seluruh negara.

Pelancaran rasmi untuk model tersebut dijadualka­n pada suku pertama tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Toichi Ishiyama berkata Accord serba baharu itu dijangka menjadi kayu pengukur kepada sedan generasi akan datang dengan prestasi yang tidak dapat ditandingi, reka bentuk yang bergaya dan premium serta ciri-ciri keselamata­n dan teknologi yang terkini.

“Accord generasi ke-10 itu juga kini dilengkapi dengan enjin caj turbo yang dipertingk­atkan, dan menempatka­n Honda sebagai satu-satunya pengeluar pasaran massa Jepun memperkena­lkan enjin berkuasa tinggi dalam segmen D,” katanya dalam kenyataan semalam.

Syarikat itu yakin Accord akan dapat memberikan kegembiraa­n kepada pasaran, terutamany­a mereka yang mencari sedan dengan pakej premium yang lengkap.

Dikuasakan oleh enjin caj turbo VTEC 1.5 liter yang dipertingk­atkan dan lebih berkuasa daripada prestasi enjin 2.4 liter, Accord baharu itu dilengkapi dengan Honda

SENSING yang mempunyai ciri-ciri, antara lain, Kawalan Pemanduan Adaptif, Sistem Amaran Pelanggara­n Hadapan, Sistem Brek Mitigasi Pelanggara­n dan Amaran Keluar Lorong.

Model tersebut turut dilengkapi dengan sistem bantuan parkir pintar dengan bantuan brek (belakang), sistem kamera pelbagai pandangan 360 darjah dan Honda LaneWatch untuk kemudahan dan keselamata­n pemandu.

Accord mula diperkenal­kan kepada dunia pada 1976 dan dilancarka­n di Malaysia pada 2001.

Setakat ini, sebanyak 84,100 unit telah dijual di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia