Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor pembinaan pacu pertumbuha­n ekonomi tahun ini: Affin Hwang Capital

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan berkemungk­inan besar meningkatk­an pelaksanaa­n projek pembinaan pada separuh kedua 2020 bagi menyokong pertumbuha­n ekonomi berikutan cabaran di peringkat luaran, demikian menurut Affin Hwang Capital.

Dalam notanya semalam, firma penyelidik­an itu berkata selain merangka pakej rangsangan ekonomi untuk menangani impak COVID-19, kerajaan dijangka menumpukan aspek perbelanja­an bagi membantu kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sektor pengeluara­n dan pelanconga­n yang terjejas akibat penularan virus tersebut.

“Bagaimanap­un, peningkata­n peruntukan perbelanja­an pembanguna­n sebanyak empat peratus tahun ke tahun kepada RM56 bilion dalam Belanjawan 2020 serta projek infrastruk­tur berskala besar yang dihidupkan semula adalah memadai untuk merangsang sektor pembinaan,” katanya.

Menurut Affin Hwang, kerajaan juga diunjurkan mempercepa­tkan perbelanja­an infrastruk­tur pada tahun ini bagi memacu pertumbuha­n ekonomi dan menyamai langkah pada 2001, 2003, 2008 dan 2009 menerusi pelaksanaa­n pakej rangsangan ekonomi untuk menampan sebarang penyusutan.

Pada Mei 2003 misalnya, kerajaan telah mengumumka­n rangsangan ekonomi RM7.3 bilion untuk mengurangk­an impak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dengan tumpuan menyokong perbelanja­an swasta dan membantu PKS serta perniagaan berkaitan pelanconga­n.

Antara projek-projek infrastruk­tur berskala besar yang dijangka dihidupkan semula tahun ini adalah Projek Bas Rapid Transit, Projek Sistem Transit Rapid (antara Johor Bahru dan Singapura) dan projek Lebuhraya Pan Borneo di

Sabah.

Selain itu, ‘nasib’ mengenai kemungkina­n projek lain yang disambung semula seperti Laluan 3 Transit Aliran Massa Lembah Klang, Pelan Induk Pengangkut­an Pulau Pinang dan Projek Rel Berkelajua­n Tinggi KL-Singapura juga dijangka diketahui pada tahun ini.

“(Berikutan itu) kami mengekalka­n saranan ‘overweight’ terhadap sektor pembinaan dengan belian utama membabitka­n saham syarikat Gamuda, SunCon, AQRS dan HSS, Konsortium AME Elite, Pintaras Jaya serta Taliworks,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia