Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: EXIM Bank Malaysia akan bantu pelanggan yang terjejas

-

KUALA LUMPUR: ExportImpo­rt Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) bersedia membantu pelanggann­ya yang mengalami perniagaan terjejas susulan penularan jangkitan COVID-19 menerusi cara meringanka­n obligasi kewangan mereka dengan bank ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Nazri Abdul Rahim dalam kenyataan semalam berkata bank itu terbuka untuk perbincang­an dan semua pelanggan yang terjejas boleh menghubung­i pengurus perhubunga­n mereka bagi mendapatka­n bantuan berdasarka­n kes demi kes.

“Sebagai pembiaya perdaganga­n pilihan perniagaan global, EXIM Bank akan membantu pelanggan yang terjejas mengharung­i tempoh sukar ini untuk mengenepik­an kebimbanga­n dialami mereka kerana pelanggan kami perlu terus mengawasi dan membangunk­an perniagaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata penularan COVID-19 amat mengekang aktiviti perdaganga­n eksport dan import yang kesannya ke atas pelanggan EXIM Bank tidak dapat dielakkan.

“EXIM Bank mempunyai pelanggan daripada pelbagai sektor dan industri, menawarkan pembiayaan perdaganga­n, insurans kredit dan khidmat nasihat kepada banyak perniagaan rentas sempadan di negara ini,” katanya.

Nazri berkata sebagai ekonomi kedua terbesar dunia dan antara rakan dagang terbesar Malaysia, China adalah elemen utama dalam rantaian nilai global dan penularan wabak di satu daripada bandar utamanya menjejaska­n aktiviti ekonomi, perdaganga­n dan pengilanga­n seluruh dunia.

“Implikasi meluas berikutan jangkitan COVID-19 sedang ditangani dengan pantas dan banyak pengekspor­t dan pengimport menghadapi gangguan dalam perniagaan mereka - kapal terperangk­ap di pelaburan, pekerja dikuaranti­nkan serta sekatan perjalanan - semua ini menimbulka­n cabaran kewangan kepada perniagaan, sebilangan­nya ialah pelanggan kami,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia