Utusan Borneo (Sarawak)

UOBAM lancar dana FoF pendapatan tetap pertama Malaysia

-

KUALA LUMPUR: UOB Asset Management (UOBAM) (Malaysia) Bhd telah melancarka­n Dana United Global Income Allocator (UGIAF) yang merupakan dana atas dana (FoF) pendapatan tetap pertama untuk kalangan pelabur runcit di Malaysia.

FoF adalah skim pelaburan kolektif yang melabur dalam dana lain dan tidak langsung membabitka­n pelaburan dalam sekuriti seperti saham dan bon.

UGIAF itu antara lainnya bertujuan memberi pelabur runcit pendapatan tetap serta peningkata­n modal dengan memperuntu­kkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada portfolio kepada dana berpendapa­tan tetap.

Kalangan pelabur akan dapat memanfaatk­an peluang pelaburan di serata pasaran kredit global, termasuk bon Asia dan bon global yang memberi pulangan tinggi.

Baki 20 peratus daripada dana itu akan diperuntuk­kan kepada aset mudah tunai seperti instrumen pasaran wang dan deposit.

UGIAF juga sesuai bagi pelabur runcit yang mempunyai toleransi sederhana terhadap risiko serta pelaburan sederhana sehingga jangka panjang.

“Dana itu adalah penyelesai­an FoF pertama di Malaysia yang membolehka­n pelabur runcit melabur dalam pelbagai dana berpendapa­tan tetap menerusi satu portfolio.

“FoF Pendapatan Tetap lazimnya hanya tersedia untuk pelabur institusi seperti dana pencen dan dana kekayaan negara. Namun kini, pelabur runcit juga boleh mendapat pendedahan kepada dana pendapatan tetap institusi berkualiti yang sebelum ini tidak dapat diakses oleh mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UOBAM (Malaysia) Lim Suet Ling berkata dalam satu kenyataan semalam.

FoF merupakan skim pelaburan kolektif yang melabur dalam dana lain dan tidak langsung melabur dalam sekuriti, seperti saham dan bon.

Menerusi UGIAF, pelabur runcit di Malaysia boleh mendapat akses dana pendapatan tetap yang berbeza dengan mudah dengan hanya menerusi satu portfolio.

UGIAF boleh didapati dalam ringgit Malaysia, dolar Singapura, dolar Australia dan dolar AS dengan pelaburan minimum awal masing-masing sebanyak RM1,000, S$1,000, A$1,000 dan AS$1,000.

UOBAM (Malaysia) adalah pengurus pelaburan UGIAF manakala UOB Asset Management Ltd dan Mercer merupakan penasihat pelaburan dan penasihat subpelabur­an.

Produk UGIAF itu juga boleh dilanggan di pengedar terpilih di serata negara.

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi www.uobam.com.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia