Utusan Borneo (Sarawak)

Brussels mahu bawa pulang anak-anak pejuang ekstremis Belgium dari Syria

-

NEW YORK: Brussels sedang berusaha untuk membawa pulang anak-anak kepada pejuang ekstremis Belgium yang ditahan di beberapa kem pelarian di Syria, sekiranya mendapat kebenaran daripada ibu mereka, diplomat kanan di negara ini memberitah­u AFP kelmarin.

Setakat ini, 42 kanak-kanak di dua kem di timur laut Syria telah dikenal pasti sebagai anak kepada pejuang ekstremis Belgium, kata pembantu kepada Menteri Luar Negara Belgium Philippe Goffin.

Brussels terlebih dahulu mahu pihak Kurdis, yang mengawal kem, untuk mengetahui bahawa ia mahu membawa pulang kesemua kanak-kanak dengan kerakyatan Belgium, kata Goffin, yang turut memegang portfolio pertahanan di Belgium.

“Jelas sekali, para ibu perlu bersetuju,” kata Goffin, bercakap pada masa rehat ketika mesyuarat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di mana negara beliau mempengeru­sikan Majlis Keselamata­n pada Februari.

Goffin telah melawat sebuah kem bagi pelarian Syria di Jordan, yang menurutnya tidak ada sebarang persamaan dengan keadaan “teruk” di kem-kem di Syria.

“Namun apa yang saya lihat di Jordan sudah tidak tertahan. Saya dimaklumka­n bahawa apa yang berlaku di Syria tidak dapat dibandingk­an, dan ia jauh lebih serius,” jelas beliau.

Repatriasi sebegitu, menurut Goffin, adalah dibenarkan di bawah undang-undang antarabang­sa.

Solusi ideal “adalah untuk membawa kanak-kanak ke sempadan Iraq-Syria. Mari lihat apa yang boleh dilakukan,” tambah beliau.

Bagaimanap­un menteri itu menolak untuk menetapkan satu masa, dan berkata operasi akan dirancang bersama dengan negara-negara lain dalam situasi yang sama, contohnya Perancis.

Belgium telah mengenal pasti 42 anak kepada pejuang ekstremis Belgium di Syria.

Seramai 30 kanak-kanak dan 13 ibu telah dikira di kem Al-Hol, dan 12 kanakkanak serta 10 ibu di kem AlRoj, kata pembantu Goffin. Kedua-dua kem terletak di timur laut Syria.

Sekurang-kurangnya empat daripada ibu tersebut, bagaimanap­un, telah memulakan prosedur perundanga­n melalui sistem undang-undang Belgium bagi menghalang dipisahkan daripada anak-anak mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia