Utusan Borneo (Sarawak)

Zahid arah guna cip pasport DTSB

Datasonic Technologi­es Sdn Bhd adalah syarikat milik rakan Zahid

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) menerima satu surat mengandung­iminit dicatat bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahka­n cip pasport milik syarikat Datasonic Technologi­es Sdn Bhd (DTSB) yang merupakan syarikat milik rakannya ketika itu, digunakan dalam pembekalan pasport Malaysia.

Perkara itu didedahkan bekas Setiausaha Bahagian (SUB) Perolehan KDN Datuk Abd Aziz Md Nor, 62, yang turut mengecamka­n surat tersebut bertajuk ‘Permohonan untuk memulakan bekalan cip pasport bersama in-lay kepada Percetakan Keselamata­n Nasional Sdn Bhd (PKN) semasa tempoh peralihan kontrak sedia ada selama enam bulan dari 1 Jun hingga 30 Nov 2016 untuk pasport Malaysia Antrabangs­a.’

Ketika diminta Timbalan

Pendakwa Raya Gan Peng Kun untuk membacakan minit tersebut pada pemeriksaa­n utama, saksi membacakan: “Dato’ Sri KSU (Ketua Setiausaha), sila teliti semula keputusan terdahulu. Gunakan cip syarikat ini sebelum lanjutan kontrak dengan PKN diteliti.”

Saksi ke-33 pihak pendakwaan itu berkata demikian pada hari ke-16 perbicaraa­n kes Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan membabitka­n dana Yayasan

Ini bermaksud kontrak dengan PKN tidak dilanjutka­n sebaliknya dirunding dengan syarikat ini (DTSB).

Datuk Abd Aziz Md Nor

Bekas SUB Perolehan KDN

Akalbudi berjumlah jutaan ringgit dan rasuah berhubung pemberian kontrak pembekalan cip pasport kepada beberapa syarikat.

Gan: Apa pemahaman Datuk tentang minit tersebut?

Abd Aziz: Ini bermaksud kontrak dengan PKN tidak dilanjutka­n sebaliknya dirunding dengan syarikat ini (DTSB).

Ketika ditanya Gan, mengapa beliau mengeluark­an arahan untuk menyegerak­an

Surat Setuju Terima (STT) kepada DTSB, saksi menjawab ia perlu disegeraka­n kerana keperluan cip pasport telah sampai ke tahap mendesak.

Disoal balas peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, sama ada saksi tahu Jabatan Imigresen Malaysia mengalami masalah kekurangan pasport pada 2015 dan Ahmad Zahid meminta percepatka­n pembekalan cip, Abd Aziz menjawab “ada, saya rasa”.

Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi semasa pemeriksaa­n semula adakah menjadi kebiasaan menteri memberi arahan untuk menyegerak­an sesuatu perkara, Abd Aziz menjawab “ada, tapi tak selalu”.

Ahmad Sazilee kemudian berseloroh dengan berkata: “Kadang-kadang macam cerita P. Ramlee”.

Ahmad Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadany­a membabitka­n pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Rabu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAKSI: Abd Aziz hadir sebagai saksi ke-33 pihak pendakwaan dalam perbicaraa­n kes Ahmad Zahid di Mahkamah Tinggideka­t Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SAKSI: Abd Aziz hadir sebagai saksi ke-33 pihak pendakwaan dalam perbicaraa­n kes Ahmad Zahid di Mahkamah Tinggideka­t Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia