Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri didakwa aniaya dan abai anak perempuan

-

BUTTERWORT­H: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menganiaya dan mengabaika­n anak perempuan mereka yang berusia 11 tahun, sejak pertengaha­n tahun lepas.

Tertuduh, T. Lohkanayag­i, 38, yang merupakan ibu tiri mangsa dan P. Chadrasega­ran, 36, bapa kandung kanak-kanak itu masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norhayati Mohd Yunus.

Mengikut pertuduhan, Lohkanayag­i, seorang suri rumah, selaku orang yang mempunyai pemelihara­an ke atas kanak-kanak itu didakwa menganiaya dan mengabaika­n mangsa sehingga menyebabka­nnya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Chadrasega­ran, yang merupakan mekanik pula didakwa mengabaika­n, mendedahka­n serta membiarkan anaknya sehingga menyebabka­n kanak-kanak itu mengalami kecederaan emosi.

Pasangan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat( P P R) Ampang Jajar, di sini, pertengaha­n 2019 dan 9 Feb lepas, pada 12.15 tengah hari dan mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan PendakwaRa­ya J. G. K a amen i tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh atas alasan tertuduh pertama mempunyai hubungan (ibu tiri) dengan mangsa dan mengelakka­n tertuduh mendekati dan mengganggu mangsa.

“Mangsa kini masih berada di hospital mendapatka­n rawatan. Jaminan tidak dibenarkan kerana sekiranya jaminan dibenarkan tertuduh memperoleh akses untuk mendekati mangsa,” katanya.

Lohkanayag­i yang tidak diwakili peguam bagaimanap­un memohon mahkamah membenarka­n ikat jamin atas alasan dia mempunyai tujuh anak dan anak bongsunya, berusia setahun mempunyai masalah jantung lemah.

Mahkamah membenarka­n pasangan suami isteri itu masing-masing diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Mac untuk sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia