Utusan Borneo (Sarawak)

Tahap kebersihan majoriti pasar awam sekitar 40 peratus: Zuraida

-

PASIR PUTEH: Tahap kebersihan majoriti pasar awam di Malaysia adalah sekitar 40 peratus, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Justeru, beliau menyeru peniaga dan pelanggan yang mengunjung­i mana-mana premis berkenaan agar dapat mengubah sikap dan tabiat yang suka membuang sampah merata-rata.

“Saya harap Pasar Siti Sarah ini dapat bermula dengan betul agar kita dapat mengekalka­n tahap kebersihan pasar ini. Kalau pasar lama mungkin kita sukar nak perbetulka­n.

“Semoga Pasar Siti Sarah ini boleh menjadi perintis kepada tahap kebersihan pasar-pasar lain selepas ini,” katanya selepas merasmikan Pasar Siti Sarah di Selising di sini semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin.

Zuraida berkata pasar yang dibina di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) itu menelan belanja sebanyak RM4.13 juta membabitka­n pembinaan satu blok pasar satu tingkat, satu blok surau, satu blok tandas selain dilengkapi pondok pengawal dan rumah sampah.

Beliau berkata projek berkenaan bermula pada 2017 dan siap sepenuhnya pada 25 September tahun lepas dan mengambil masa selama 19 bulan untuk disiapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(KPKT) kini sedang mengkaji untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi membina pasar kering di Pasar Siti Hajar di bandar Pasir Puteh.

“Selain itu, KPKT juga akan membina Pasar Awam Binjai di Kota Bharu pada tahun ini dengan kos dianggarka­n bernilai RM5 juta,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Zuraida (kiri) beramah mesra bersama sebahagian peniaga selepas Majlis Perasmian Pasar Awam Siti Sarah di Selising, Pasir Puteh semalam. Turut sama Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin (tiga kanan).
— Gambar Bernama CERIA: Zuraida (kiri) beramah mesra bersama sebahagian peniaga selepas Majlis Perasmian Pasar Awam Siti Sarah di Selising, Pasir Puteh semalam. Turut sama Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia