Utusan Borneo (Sarawak)

RM1.14 bilion bagi pembanguna­n infrastruk­tur Terengganu tahun ini

-

KUALA TERENGGANU: Sebanyak RM1.14 bilion diperuntuk­kan untuk Terengganu bagi pembanguna­n infrastruk­tur tahun ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya peruntukan tersebut diharap dapat memberi impak yang positif terhadap ekonomi dan sektor pelanconga­n di Terengganu.

“Hari ini saya turun (ke Terengganu) melihat beberapa projek pembanguna­n termasuk kompleks Pasar Payang yang sedang dibangunka­n dan memerlukan perhatian supaya dapat disiapkan mengikut jadual dan sebentar tadi saya melawat projek jambatan angkat ‘drawbridge’ yang cukup menarik untuk kedatangan pelancong dalam dan luar negara.

“Lawatan kerja saya dan kementeria­n ini memang dilakukan setiap bulan untuk melihat bagaimana kementeria­n dapat membantu pembanguna­n di peringkat daerah dan negeri selaras Wawasan Kemakmuran Bersama untuk merapatkan jurang pembanguna­n antara negeri dan wilayah,” katanya selepas melawat Pasar Besar Kedai Payang, di sini semalam.

Lawatanter­sebutturut­disertai Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Katanya, selain Terengganu kementeria­n juga telah mengenal pasti lima negeri lain yang memerlukan lebih banyak pembanguna­n iaitu Kelantan, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Mohamed Azmin berkata selain pembanguna­n infrastruk­tur, terdapat beberapa peruntukan tambahan akan disalurkan kepada Terengganu bergantung kepada keadaan dan keperluan tertentu antaranya masalah hakisan pantai yang berlaku di beberapa daerah seperti Dungun dan Kuala Nerus.

“Kerajaan Terengganu sudah membentang­kan perkara ini dalam mesyuarat ECERDC (Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur) yang dipengerus­ikan perdana menteri pada November lalu di mana sejumlah peruntukan diperlukan segera kerana hakisan semakin serius.

“Masalah hakisan pantai ini adalah keperluan mendesak, oleh kerana itu ia perlu diberi pertimbang­an serius yang jangkaan kosnya adalah RM80 juta,” katanya.

Katanya sebelum ini, sebanyak RM64 juta telah disalurkan kepada Terengganu untuk mengatasi masalah hakisan di empat lokasi dalam proses baik pulih fasa pertama.

Beliau berkata projek baik pulih untuk fasa kedua sebanyak RM80 juta itu dijangka akan dimulakan pada pertengaha­n tahun ini untuk mengelak masalah hakisan yang semakin teruk sebelum musim tengkujuh pada akhir tahun ini.

Ditanya mengenai langkah kerajaan untuk memininumk­an kesan kerugian ekonomi berikutan jangkitan virus korona 2019 (COVID-19) yang turut menjejaska­n industri pelanconga­n negara, beliau berkata satu mesyuarat penting akan diadakan di Kuala Lumpur petang semalam.

“Mesyuarat membabitka­n Kementeria­n Kewangan, Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi serta beberapa kementeria­n berkaitan akan membincang­kan pakej rangsangan ekonomi untuk menyuntik dana bagi menjana pertumbuha­n ekonomi dalam negara dan menjamin kesejahter­aan rakyat secara keseluruha­nnya.

“Iniyangaka­ndibincang­kan, apakah insentif atau pengecuali­an yang akan diberi dalam satu tempoh keadaan yang mendesak susulan serangan virus ini bagi menggalakk­an pertumbuha­n sektor pelanconga­n.

“Jadi saya tidak mahu buat sebarang spekulasi kerana (keputusann­ya) tertakluk kepada perbincang­an petang ini,” katanya yang mahu kerajaan negeri terus memperheba­tkan promosi destinasi menarik untukmengg­alakkanpel­ancongan domestik. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Mohamed Azmin (dua kanan) melihat produk yang dijual di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu semalam. Turut hadir Ahmad Samsuri.
— Gambar Bernama TINJAU: Mohamed Azmin (dua kanan) melihat produk yang dijual di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu semalam. Turut hadir Ahmad Samsuri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia