Utusan Borneo (Sarawak)

Monaco didorong kepulangan Slimani

-

PARIS: Monaco mahu kembali bermain bola sepak di Eropah menjelang kunjungan Montpellie­r yang sedang bermain dengan cemerlang, sebahagian­nya didorong oleh kepulangan penyerang yang mahu meninggalk­an kelab, Islam Slimani ke dalam lingkungan mereka.

Monaco, sebuah kelab bermasalah sejak beberapa musim lalu, tiba-tiba kelihatan seperti pencabar yang tulen untuk bola sepak Eropah pada musim akan datang selepas mencatatka­n dua kemenangan berturut-turut yang mengetenga­hkan tahap kebersamaa­n baharu, dan kebangkita­n Slimani melambangk­an perkara tersebut.

Pada minggu lepas, pemain antarabang­sa Algeria itu menamatkan tempohnya di tepi padang selepas dia memohon untuk pindah kelab pada Januari lepas dan menjaringk­an gol kemenangan dalam masa tambahan di Amiens yang melonjakka­n mereka ke tempat ketujuh dalam Ligue 1, lima mata dari tempat kelayakan Eropah.

“Saya gembira untuk bermain semula. Ia adalah penting bagi pasukan dan penting bagi saya untuk kembali,” kata Slimani selepas kemenangan yang dramatik itu.

Monaco melayan kunjungan Montpellie­r dengan keyakinan yang datang daripada kepulangan pemain berusia 32 tahun itu, yang sudah menjaringk­an lapan gol dan mencipta lapan jaringan pada musim ini, seterusnya membantu kelab prinsipali­ti itu untuk menjadi penjaring gol kedua tertinggi di Perancis di belakang pendahulu PSG.

Slimani adalah pilihan utama di depan Stevan Jovetic untuk memulakan perlawanan menentang Montpellie­r, yang menduduki tempat kelima dan sedang berusaha untuk bermain bola sepak dalam Liga Juara-Juara walaupun memiliki bajet yang agak kecil sebanyak 40 juta euro (RM192 juta) semusim.

Dia dan penjaring terbanyak Ligue 1 Wissam Ben Yedder di antara mereka sudah menjaringk­an 24 gol daripada 40 gol liga Monaco, dan gandingan mereka ternyata perkara utama pada musim yang tunggang-langgang dan menyaksika­n mereka merempat dalam kelompok tiga tercorot sebelum mereka melonjak dalam carta liga.

Turut merebut tempat dalam kelompok teratas Eropah adalah Marseille, yang menentang sebuah lagi kelab yang memburu tempat dalam Liga Juara-Juara, Lille, di Stade Pierre Mauroy esok (Ahad) dengan matlamat untuk bangkit selepas disingkirk­an oleh Yons dalam Piala Perancis pada Rabu lepas.

Marseille dijangka akan menaruh kepercayaa­n kepada bintang utama Dimitri Payet, yang telah menjaringk­an enam gol dalam sembilan perlawanan terakhirny­a tetapi digantikan sebagai langkah berjaga-jaga sewaktu kekalahan 1-0 pada Rabu lepas setelah dia rasa sakit dalam hamstringn­ya.

Prestrasin­ya amat penting dalam kejayaan pasukan Andre Villas-Boas mengukuhka­n kedudukan di tempat kedua, lapan mata di depan Rennes yang menduduki tempat ketiga.

Bagaimanap­un mereka berdepan dengan tugasan yang hampir mustahil untuk mengejar PSG, yang mendahului dengan kelebihan 12 mata dan mempunyai tugasan yang agak mudah iaitu kunjungan ke Amiens yang diancam relegasi pada malam ini (Sabtu). — AFP

 ??  ?? SLIMANI
SLIMANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia