Utusan Borneo (Sarawak)

Juve sedia beraksi lebih baik di laman sendiri

-

MILAN: Juventus kembali ke stadium mereka yang selesa di Turin selepas mencatatka­n pencapaian yang buruk di tempat lawan, apabila mereka melayan kunjungan kelab bermasalah Brescia esok (Ahad) dengan tempat teratas dalam Serie A yang menjadi truhan apabila dua kelab seteru Inter Milan dan Lazio menentang satu sama lain di Stadio Olimpico.

Inter naik ke tempat teratas pada hujung minggu lepas di depan Juventus berdasarka­n kelebiha gol selepas juara bertahan sebanyak lapan kali itu mengalami kekalahan 2-1 yang mengejutka­n di Hellas Verona.

Pasukan Maurizio Sarri pasti mengharapk­an kemenangan ke atas Brescia yang dianggotai Mario Balotelli dan menduduki tempat kedua tercorot dalam liga.

Pasukan Sarri telah digegarkan oleh dua kekalahan berturut-turut di tempat lawan.

Juventus tidak pernah tewas di tempat sendiri dalam liga ketika menentang Brecia, dan kelab yang dinaikkan ke liga utama itu memenangi hanya empat perlawanan sahaja pada musim ini dan tiada langsung sejak pertengaha­n

Disember lalu.

Dalam perebutan kejuaraan antara tiga pasukan, Lazio berada hanya satu mata sahaja di belakang dua pasukan yang mendahului, dan sedang menikmati siri tanpa kalan dalam 18 perlawanan berturut-turut sejak mereka tewas kepada Inter pada September tahun lalu.

Lazio dianggotai penjaring terbanyak Serie A Ciro Immobile yang menjaringk­an 15 gol di tempat sendiri, untuk jumlah keseluruha­n 25 gol pada musim ini.

Di belakang tiga pasukan yang mendahului Liga JuaraJuara, Atalanta dan Roma juga berdepan dengan perlawanan langsung di Bergamo.

Atalanta menduduki tempat keempat, 11 mata di belakang Lazio, manakala Roma ketinggala­n tiga mata lagi di tempat kelima.

Pasukan dari ibu kita telah tewas dalam dua perlawanan terakhir mereka.

Napoli, di tempat ke-11, mahu kembali ke landasan kemenangan di Cagliari, yang mengejutka­n kelab selatan itu dalam perlawanan timbal balik di Naples.

Kelab Sardinia itu menduduki tempat kelapan, hanya dua mata sahaja dari tempat kelayakan Liga Europa walaupun mencatatka­n sembilan perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

Hellas Verona, di tempat keenam, bertandang ke Udinese selepas kejayaan mereka ke atas Juventus, manakala Torino, yang mengalami empat kekalahan berturut-turut, bertandang ke AC Milan yang dianggotai Zlatan Ibrhaimovi­c. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia