Utusan Borneo (Sarawak)

Trek Berlin, Jerman bakal penentu buat Azizulhasn­i

Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI itu menjadi landasan memburu slot tambahan ke Tokyo

-

NILAI: Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Berlin, Jerman, pada 26 Feb hingga 1 Mac ini akan menjadi platform bagi skuad negara meraih satu lagi slot tambahan dalam acara keirin dan pecut individu pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jaguh trek negara, Mohd Azizulhasn­i Awang berkata justeru dalam usaha meraih sasaran itu, beliau serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Mohd Zonis perlu berada di kedudukan enam terbaik secara keseluruha­n dalam acara pecut pada kejohan tersebut.

“Fokus pada kejohanan dunia adalah untuk mendapatka­n satu lagi slot dalam acara pecut supaya di Olimpik Tokyo nanti kita dapat sekurang-kurangnya dua individu bersaing dalam acara keirin dan pecut,” katanya pada sidang media mengenai persiapan skuad trek negara ke Berlin, di sini kelmarin.

Selain sasaran berada di pentas podium, katanya, beliau akan menggunaka­n kejo

Fokus pada kejohanan dunia adalah untuk mendapatka­n satu lagi slot dalam acara pecut supaya di Olimpik Tokyo nanti kita dapat sekurang-kurangnya dua individu bersaing dalam acara keirin dan pecut.

Mohd Azizulhasn­i Awang

Jaguh trek negara

hanan itu untuk melakukan sebarang pelarasan sebelum menghadapi Sukan Olimpik 2020.

Mengenai persiapann­ya menjelang kejohanan trek dunia itu, Azizulhasn­i berkata meskipun hanya 90 peratus pulih selepas terbabit dalam kemalangan pada siri Piala Dunia di Brisbane, Australia, Disember lalu, namun persiapan tetap diteruskan.

“Bahu saya masih sakit kalau latihan di gimnasium atau berkayuh di atas ‘roller’ tetapi kayuhan di gelanggang tidaklah menjejaska­n, tetapi secara keseluruha­nnya persiapan sudah mantap,” katanya.

Pada kejohanan trek dunia, Azizulhasn­i akan bersaing dalam acara keirin, Fadhil dalam acara 1 kilometer ujian masa dan ketiga-tiga pelumba negara itu turut mengambil bahagian dalam acara pecut.

Ditanya mengenai tekanan yang dihadapi apabila dijadikan sandaran utama bagi meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Tokyo, Azizulhasn­i, berkata perkara itu dijadikan sebagai tanggungja­wab dan harus mengawal serta menerima tekanan yang diberikan.

Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dijadualka­n bermula pada 22 Julai hingga 9 Ogos depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia