Utusan Borneo (Sarawak)

LTdL 2020 bawa tuah kepada Mamat

-

ALOR SETAR: Edisi ke-25 perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) jelas membawa tuah kepada pelumba kebangsaan, Mohd Harrif Saleh yang meraih kemenangan kedua peringkat dari Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi di Bagan ke Menara Alor Setar, di sini kelmarin.

Pelumba pasukan Terengganu Inc. TSG Cycling Team (TSG) itu berada dalam kelas tersendiri selepas menewaskan dua pelumba pecut, iaitu Matteo Pelucchi dari Itali dan Taj Jones dari Australia dalam aksi penamat beramai-ramai ke garisan penamat pada perlumbaan peringkat ketujuh sejauh 130.4km.

Mohd Harrif, yang memenangi Peringkat 5 dari Kuala Kubu Bahru ke Ipoh, Selalu, menamatkan saingan dengan masa dua jam 53 minit 17 saat.

Tempat kedua disandang oleh Pelucchi dari pasukan Bardiani CSF Faizane manakalaJo­nes dari pasukan Ara Pro Racing Sunshine Coast melengkap pentas podium.

Komisar perlumbaan merakamkan masa yang sama iaitu, 2’43:17s untuk 10 pelumba terbaik yang melintasi garisan penamat secara berkelompo­k.

Kemenangan hari ini menyaksika­n Mohd Harrif, yang lebih mesra dengan panggilan

Mamat, muncul sebagai pelumba terbaik Malaysia dalam sejarah LTdL menerusi tiga kemenangan peringkat.

Pada edisi lepas, anak jati Kuala Terengganu itu melakar kemenangan peringkat kedua dari Dataran Senawang ke Melaka.

"Saya tak sangka boleh menang hari ini. Rakan sepasukan banyak membantu mengatur strategi bagi membuka laluan untuk saya berada di depan.

"Saya tengok laluan hari ini agak landai dan beralun, jadi memang ada peluang kepada saya atau mana-mana pelumba pecut. Semangat dan sokongan padu daripada rakan sepasukan memberi inspirasi kepada saya," kata Mohd Harrif ketika ditemui pemberita selepas berakhirny­a perlumbaan berkenaan.

Pada masa sama, Mohd Harrif ,yang mula menyertai LTdL sejak edisi 2008, optimis mampu merampas jersi hijau selaku pelumba pecut terbaik daripada pelumba Jerman, Maximilian Richard Walscheid menjelang peringkat terakhir LTdL 2020, esok.

Walscheid, yang memenangi jersi hijau sejak peringkat ketiga di Kuala Lumpur, masih mengunggul­i kedudukan teratas menerusi kutipan 47 mata, disusuli Jones (45 mata), manakala Mohd Harrif berada di tempat ketiga dengan 42 mata.

Sementara itu, ketua jurulatih TSG, Jeremy Hunt gembira dengan prestasi cemerlang Mohd Harrif yang membuktika­n kebolehann­ya bersaing dengan pelumba pecut dari pasukan jelajah dunia dan profesiona­l benua. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAYAKNYA: Mohd Harrif dilihat mengangkat tangan tanda kegembiraa­n selepas berjaya melepasi garisan penamat sekaligus menjadi pemenang peringkat ketujuh siri jelajah Le Tour De Langkawi 2020 sejauh 130.4 kilometer, semalam.
— Gambar Bernama SELAYAKNYA: Mohd Harrif dilihat mengangkat tangan tanda kegembiraa­n selepas berjaya melepasi garisan penamat sekaligus menjadi pemenang peringkat ketujuh siri jelajah Le Tour De Langkawi 2020 sejauh 130.4 kilometer, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia