Utusan Borneo (Sarawak)

Perjumpaan untuk jawatan presiden persekutua­n bola sepak Sepanyol?

-

MADRID: Menteri Sukan Sepanyol Irene Lozano mengesahka­n pada Khamis bahawa beliau telah berjumpa dengan bekas penjaga gol Sepanyol Iker Casillas tetapi enggan menyatakan sama ada mereka berbincang mengenai jawatan presiden persekutua­n bola sepak negara ataupun tidak.

“Saya faham bahawa beliau menarik perhatian kerana beliau adalah seorang tokoh sukan yang hebat dan saya menerimany­a sedemikian, sama seperti saya menerima ramai personalit­i,” kata Lozano kepada media pada Khamis.

“Kami mengadakan perbualan yang santai dan menyenangk­an dan saya tidak ada banyak untuk ditambah. Saya merahsiaka­n perbualan saya dan sebarang penjelasan perlu dibuat olehnya,” tambah Lorenzo.

Media Sepanyol pada Rabu lepas melaporkan pertemuan itu dan berkata Casillas telah memaklumka­n kepada Majlis Sukan Negara (CSD) mengenai hasratnya untuk bertanding.

Lorenzo merupakan presiden CSD.

Akhbar Catalan, Mundo Deportivo, berkata “ia adalah Casillas yang meminta pertemuan diadakan”.

Casillas, 38, bermain sebanyak 167 kali untuk Sepanyol, memenangi dua Kejohanan Eropah dan satu Piala Dunia, dan lebih 700 perlawanan untuk Real Madrid, di mana dia memenangi Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali.

Dia menyertai Porto pada 2015.

Pada April lalu, dia mengalami serangan sakit jantung ketika berlatih dan sejak itu tidak pernah bermain.

Namanya telah dikaitkan dengan jawatan presiden Persekutua­n Bola Sepak Sepanyol (RFEF) selama beberapa bulan.

Presiden RFEF sekarang

Luis Rubiales terbabit dalam konflik yang tiada kesudahan dengan Javier Tebas, presiden liga Sepanyol.

Menurut peraturan, pemilihan harus diadakan pada separuh kedua tahun selepas Olimpik Tokyo.

Bagaimanap­un Rubiales telah meminta CSD mengawalka­n tarikh kepada separuh pertama tahun sebelum Euro 2020, yang akan berlangsun­g dari 12 Jun hingga 12 Julai. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia