Utusan Borneo (Sarawak)

Real Sociedad atasi Mirandes 2-1 pada aksi separuh akhir pertama Copa del Rey

-

MADRID: Real Sociedad menewaskan kelab divisyen kedua Mirandes 2-1 dalam perlawanan separuh akhir pusingan pertama Copa del Rey pada Khamis, untuk mengambil langkah tentatif yang lebih dekat ke arah perlawanan akhir yang berpotensi melibatkan seluruh Basque menentang Athletic Bilbao.

Sociedad menyingkir­kan Real Madrid 4-3 pada peringkat suku akhir dan mereka menguasai permainan pada awal perlawanan di tempat sendiri menentang Mirandes, satu-satunya pasukan divisyen kedua yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir.

Kapten Mikel Oyarzabal meletakkan mereka di hadapan pada minit kesembilan menerusi tendangan penalti ekoran kekasaran oleh Odei Onaindia ke atas Portu.

Mirandes menyamakan kedudukan pada minit ke-40 hasil cubaan Matheus Aias tetapi Sociedad memulihkan kelebihan mereka menerusi prodigi dari Norway, Martin Odegaard, hanya dua minit kemudian.

Bagaimanap­un Mirandes tidak gentar dengan cabaran pada pusingan kedua pada bulan depan dalam usaha mereka untuk menjadi pasukan divisyen kedua yang pertama untuk mara ke peringkat akhir dalam tempoh 40 tahun.

Mereka sudah menyingkir­kan tiga pasukan liga utama untuk sampai ke peringkat ini selepas mereka menewaskan Celta Vigo, Sevilla dan Villarreal.

Pada Rabu lepas, lapten Iker Muniain menjaringk­an gol tunggal manakala Athletic Bilbao menewaskan Granada 1-0 dalam perlawanan pusingan pertama mereka.

Muniain, 27, telah dilayangka­n kad merah dalam kekalahan 2-1 yang dialami pasukannya di tangan Sociedad dalam La Liga pada hujung minggu lepas.

Bagaimanap­un dia menjadi sanjungan bandar raya pada Rabu lepas apabila dia meyambar bola hantaran lintang dari Inaki Williams tiga minit sebelum waktu rehat untuk menjaringk­an gol tunggal perlawanan.

Jurulatih Athletic Gaizka Garitano menurunkan pasukan sama yang mengejutka­n Barcelona pada peringkat suku akhir minggu lepas dan mereka pasti menganggap diri tidak bernasib baik untuk tidak menang dengan margin lebih besar selepas menyaksika­n dua jaringan dibatalkan kerana ofsaid.

Gol kedua, yang dijaringka­n dengan voley cantik pada minit ke-61 oleh Ander Capa, memerlukan campur tangan VAR.

Dengan 23 kejuaraan, Athletic Bilbao menduduki tempat kedua dalam senarai sepanjang zaman di belakang Barcelona yang sudah berjaya sebanyak 30 kali.

Bagaimanap­un kejayaan mereka yang terakhir adalah pada 1984 selepas kemenangan 1-0 ke atas Brescia. — AFP

 ??  ?? CASILLAS
CASILLAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia