Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Belia 2020: Sarawak Utd menentang Negeri Sembilan, 23 Feb

-

MIRI: Bandar raya Miri menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Belia 2020 bermula 23 Februari hingga 14 Jun di Stadium Miri.

Peringkat liga disertai 19 pasukan dibahagika­n kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A (Zon Utara) dan Kumpulan B (Zon Selatan).

Kumpulan A ialah Pulau Pinang, Kedah, Perak IV, Kelantan, Terengganu FC IV, Pahang, PDRM, AMD B-16 dan FELDA United melibatkan 16 perlawanan.

Sementara itu, Kumpulan B ialah JDT IV, Melaka, Negeri

Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Sarawak United, PJ City FC, UiTM FC dan UKM FC melibatkan 18 perlawanan.

Selepas selesai perlawanan liga dua pusingan, lapan pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat kalah mati.

Peminat-peminat bola sepak tempatan di sini dijemput beramai-ramai menyaksika­n perlawanan pembukaan antara pasukan tuan rumah, Sarawak United menentang Negeri Sembilan pada 23 Februari ini.

Perlawanan diadakan pada setiap Ahad dan Rabu bermula jam 4.15 petang.

Pemangku Timbalan Residen Bahagian Miri, Abdul Aziz Mohd Yussuf berkata pemilihan Miri sebagai tuan rumah Piala Belia peringkat kebangsaan tahun ini membantu mempromosi­kan Miri sebagai pusat penganjura­n pelbagai jenis sukan.

Piala Belia antara produk pelanconga­n berasaskan sukan yang boleh menaikan nama Bandar raya Miri selain penganjura­n sukan bertaraf antarabang­sa yang pernah dianjurkan di sini.

"Dua tahun berturut-turut Miri dipilih sebagai tuan rumah kejohanan bola sepak Liga Malaysia. Kita yakin Piala Belia dapat menarik pelancong dari Brunei dan Sabah datang ke Miri," katanya.

Miri menjadi tuan rumah untuk Piala Presiden pada tahun lalu.

Hadir sama memperkena­lkan pasukan Sarawak United yang dianggotai 28 pemain ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (Miri FA), Mohd Saif Jubaidi dan Timbalan Presidenny­a, Nazri Datuk Ahmad Lai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia