Utusan Borneo (Sarawak)

Istemewany­a Bazar Chorsu Tashkent

- Oleh Sakini Mohd Said

bersejarah atau yang kaya dengan khazanah alam pastinya menjadi pilihan utama untuk dikunjungi apabila melancong.

Bagi yang gemar membeli-belah pula, langkah sudah tentu dipanjangk­an ke pusat perniagaan yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga istimewa di samping peluang menikmati makanan tempatan.

Lain pula halnya dengan pilihan penulis apabila berpeluang ke Uzbekistan sempena liputan festival muzik berprestij, 12th Internatio­nal Music Festival ‘Sharq Taronalari’ tajaan Kedutaan Uzbekistan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sehari sebelum memulakan tugas rasmi, saya dan wartawan foto Bernama, Mahayudin Mohamad mengambil kesempatan untuk berkunjung ke Bazar Chorsu, pasar besar yang tersohor di Tashkent, yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami.

‘Chorsu’ adalah bahasa Parsi yang bermaksud ‘persimpang­an’ atau ‘empat anak sungai’.

Menurut Mahayudin, pasar merupakan tempat terbaik untuk mengenali budaya penduduk di sesebuah negara jika kunjungan itu singkat.

Kami beruntung kerana mendapat bantuan seorang rakan warga Uzbekistan bernama Alisher yang menjemput kami dengan keretanya dari hotel untuk ke pasar berkenaan.

Hampir tiga jam kami menghabisk­an masa di pasar yang terkenal dengan kubah besar berwarna biru ‘akuamarin’. Sekiranya anda berpeluang ke sini, eloklah rancang apa yang hendak dilihat dan apa yang hendak dibeli kerana saiz pasar yang begitu besar ini boleh membuatkan anda keliru ke mana hendak dituju.

Dengan dipandu Alisher, anak tempatan Tashkent yang boleh berbahasa Melayu walaupun tidak berapa fasih, ini menjadikan kunjungan kami ke Bazar Chorsu lebih mudah.

PASAR KAYA SEJARAH

Berpengala­man selama enam tahun menjadi pemandu pelancong dan sebelum ini pernah bekerja di Malaysia, Alisher yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata berkata kebanyakan pelancong lebih gemar dibawa mengunjung­i tempat bersejarah daripada pergi ke Bazar Chorsu.

Justeru, beliau berasa amat teruja apabila kami meminta beliau membawa kami ke bazar tersebut.

Dari luar bangunan utama, mata saya sudah terpaku melihat kubah besar berwarna biru yang kelihatan begitu hebat dan unik sekali. Kubah yang diiktiraf terbesar di Tashkent ini berkilau-kilau dipancar cahaya matahari.

Melangkah masuk ke dalam bangunan utama bazar, suasana dalam bazar ini seolah-olah membawa pengunjung­nya mengimbau zaman purbakala Uzbekistan. Sebagai contoh pakaian tradisiona­l peniaga perempuan yang lengkap dengan skaf berwarna-warni.

Ini kerana bandar Tashkent dan Bazar Chorsu, menurut sejarah pernah menjadi pusat perhentian perdaganga­n penting laluan sutera antara China dan negara Mediterran­ean sebelum ini.

Bazar Chorsu juga terletak berdekatan dengan Kukeldash Madrasah yang sudah mula wujud pada abad ke-15 tetapi musnah akibat gempa bumi pada 1966.

Namun, ia dibina semula dan sehingga ke hari ini, bazar ini adalah antara pasar yang sangat sibuk dengan pelbagai urusan jual beli. Kebanyakan peniaganya juga menurut Alisher masih kekal dengan budaya tradisi mereka dalam berniaga.

Ada juga peniaga menggunaka­n kereta lama. Sebuah kereta lama yang memPelbaga­i buatkan saya terpegun ialah kereta Fiat124 berwarna kuning cair dan di atas bumbung kereta terdapat katil dan tilam bersaiz ‘Queen’ untuk dihantar kepada pelanggan.

TAWAR-MENAWAR

Sebagai sebuah pasar terbesar di negara Asia Tengah ini, Bazar Chorsu memang sangat unik kerana ia mempunyai segala-galanya. Bukan setakat sayur, ikan, daging tetapi bermacam-macam jenis termasuk kekacang, buah-buahan kering, rempah-ratus dan produk kraf tangan.

Boleh dikatakan dengan hanya menerokai bazar ini sahaja, mana-mana pelancong sudah dapat membawa balik barang yang diidami sama ada untuk diri sendiri atau dijadikan sebagai cenderahat­i dengan harga agak murah!

Misalnya, saya memborong safron, iaitu sejenis rempah sangat eksklusif yang selalu digunakan dalam masakan nasi beriani atau nasi Arab dengan harga sangat murah. Bayangkan, 1 peket safron seberat 20 gram dijual dengan harga hanya RM11 sahaja berbanding di Malaysia boleh mencecah RM300 (anggaran) untuk peket sama.

Malah, semasa mengunjung­i Istanbul, Turki sebelum ini, harga safronnya juga begitu mahal dan saya tidak dapat membeli banyak seperti mana di Uzbekistan.

Menariknya, bukan sahaja harganya murah malah peniaganya juga tidak lokek untuk memberi percuma barangan lain seperti kami hari itu diberi rempah cajun iaitu rempah tradisi yang dicampur dengan pelbagai bahan seperti bunga lawang, kayu manis dan sebagainya.

Selain itu, jangan takut untuk tawar-menawar sebelum membeli kerana difahamkan ia budaya di Chorsu. Untuk berbelanja, boleh menggunaka­n mata wang Uzbekistan yang dikenali sebagai Som atau dolar Amerika namun di sini adalah sebaiknya menggunaka­n mata wang negara berkenaan. Untuk satu dolar Amerika, tukarannya ialah SOM 9,539.52.

Mata wang Som tidak boleh ditemui di Malaysia dan perlu menukar Ringgit Malaysia kepada dolar Amerika sebelum berangkat dan boleh ditukarkan­nya sebaik sahaja sampai di Lapangan Terbang Antarabang­sa Tashkent, Uzbekistan.

MERIAHNYA KACANG

Meskipun saiz bazar yang besar, tidak sukar mencari barang di sini kerana susunan gerainya sangat sistematik.

Kompleks utama Bazar Chorsu menempatka­n pelbagai gerai jualan antaranya daging, kacang, rempahratu­s, serta buah-buahan kering seperti apricot dan prune.

jenis kekacang juga dijual di sini, antaranya pistasio, badam dan hazelnut. Malah, pistasio pun beraneka jenis sehinggaka­n saya menjadi rambang mata.

Memandangk­an saya di Uzbekistan, saya membeli pistasio dari negara berkenaan dan harganya sangatlah murah, sekilo baharu RM22!

Barangan kraf Uzbekistan juga menambat hati saya. Saya tidak melepaskan peluang membeli ‘suzani’, kraf tangan tekstil kebanggaan warga Uzbekistan untuk dibingkaik­an sekembali di Malaysia bagi tujuan perhiasan rumah. Selain turut membeli beg silang 100 peratus sulaman menggunaka­n bulu kambing yang hanya dijual pada harga RM80 sahaja.

WAJIB CUBA

Usai penat menerokai dan membeli-belah, pastinya perut berasa lapar dan Alisher membawa kami ke bahagian penjualan makanan.

Dia memperkena­lkan kami kepada makanan ruji mereka, lepeshka (bahasa Rusia) atau non (bahasa Uzbek) iaitu sejenis roti yang dimakan bersama dengan bawang merah yang digaul dengan serbuk cili serta shashlik atau kebab daging biri-biri. Sedap sungguh kebab daging biribiri ini, langsung tidak berbau dan terasa sangat segar.

Lepeshka atau non ini yang berbentuk bulat dan berbeza saiznya mengikut daerah, sangat terkenal dan tidak boleh ditemui di negara lain. Diadun menggunaka­n tepung gandum tempatan, difahamkan pembuatann­ya di negara lain tidak akan mempunyai rasa sama seperti asal.

Cara pemakanan roti ini adalah mencarikka­nnya kepada saiz kecil menggunaka­n jari dan bukannya pisau. Ini kerana, roti adalah sangat istimewa dan begitu dihormati bagi masyarakat Uzbekistan.

Sangatmena­rikdanwala­upun iahanyalah­pasartetap­ipengalama­n saya di Bazar Chorsu sungguh istimewa dan tidak akan dilupakan! — Bernama

 ??  ?? PILIHAN UTAMA: Bahagian utama kompleks Bazar Chorsu dekat Tashkentme­nempatkan pelbagai gerai jualan daging.
— Gambar Bernama
PILIHAN UTAMA: Bahagian utama kompleks Bazar Chorsu dekat Tashkentme­nempatkan pelbagai gerai jualan daging. — Gambar Bernama
 ?? — Gambar Bernama ?? PELBAGAI: Bahagian utama kompleks Bazar Chorsu menempatka­n pelbagai gerai jualan daging.
— Gambar Bernama PELBAGAI: Bahagian utama kompleks Bazar Chorsu menempatka­n pelbagai gerai jualan daging.
 ??  ?? JADI TUMPUAN: Kubah besar Bazar Chorsu yang berwarna biru ‘akuamarin’ mampu menggamit perhatian sesiapa sahaja yang datang ke bazar ini.
— Gambar Bernama
JADI TUMPUAN: Kubah besar Bazar Chorsu yang berwarna biru ‘akuamarin’ mampu menggamit perhatian sesiapa sahaja yang datang ke bazar ini. — Gambar Bernama
 ?? — Gambar Bernama ?? KEGEMARAN: Lepeshka atau non ini yang berbentuk bulat dan berbeza saiznya mengikut daerah sangat terkenal dan tidak boleh ditemui di negara lain adalah antara tarikan utama di Bazar Chorsu.
— Gambar Bernama KEGEMARAN: Lepeshka atau non ini yang berbentuk bulat dan berbeza saiznya mengikut daerah sangat terkenal dan tidak boleh ditemui di negara lain adalah antara tarikan utama di Bazar Chorsu.
 ??  ?? UNIK: Suasana Bazar Chorsu mampu menggamit perhatian sesiapa sahaja selain membawa pengunjung mengimbau zaman purbakala Uzbekistan.
— Gambar Bernama
UNIK: Suasana Bazar Chorsu mampu menggamit perhatian sesiapa sahaja selain membawa pengunjung mengimbau zaman purbakala Uzbekistan. — Gambar Bernama
 ?? — Gambar Bernama ?? PELBAGAI PILIHAN: Pelbagai jenis kekacang, buah-buahan kering, rempah-ratus dan produk kraftangan dijual di Bazar Chorsu sehingga boleh membuatkan sesiapa sahaja rambang mata.
— Gambar Bernama PELBAGAI PILIHAN: Pelbagai jenis kekacang, buah-buahan kering, rempah-ratus dan produk kraftangan dijual di Bazar Chorsu sehingga boleh membuatkan sesiapa sahaja rambang mata.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia