Utusan Borneo (Sarawak)

MBM mahu kerajaan ambil tindakan tegas

Terhadap golongan guna sentimen perkauman di Sabah hingga mencetus perbalahan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan harus mengambil tindakan tegas terhadap individu atau organisasi yang memainkan sentimen perkauman di Sabah.

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Azuwan Marjan berkata, sudah banyak laporan polis dilakukan terhadap seseorang individu baru-baru ini yang memainkan isu perkauman di Sabah tetapi kerajaan masih belum mengambil sebarang tindakan.

Katanya, isu perkauman seumpamany­a mampu menjejaska­n keamanan yang terpelihar­a dalam kalangan masyarakat Sabah terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Sekiranya perkara seumpamany­a tidak dihalang sekarang, ia akan membawa kepada masalah lebih serius di masa hadapan.

“Saya tidak ingin perkara seperti perbalahan perkauman berlaku di Sabah, sekiranya kita sendiri tidak merasa selamat dalam negeri sendiri, sudah pasti pelancong turut berasa sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pihak berkuasa harus mengambil tindakan terhadap mereka yang ingin mengancam keharmonia­n perkauman dalam negara ini khususnya di Sabah.

Katanya, mereka yang membuat kenyataan berbaur perkauman menerusi rakaman video dalam media sosial perlu disiasat berdasarka­n undang-undang sedia ada.

“Saya harap hasrat jahat oleh pihak tidak bertanggun­gjawab ini menggunaka­n isu perkauman untuk kepentinga­n mereka dapat dikurang dengan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Azuwan berkata, pemimpin di semua peringkat tanpa mengira latar belakang politik harus memainkan peranan masing-masing untuk menjauhkan diri daripada isu-isu membabitka­n perkauman dalam kempen yang bertujuan bagi mendapatka­n sokongan masyarakat.

Katanya, dasar perkauman dalam politik sejak kebelakang­an ini sangat popular dan ia tidak membawa kebaikan kepada negara serta rakyat.

“Perkara ini hanya memecahkan rakyat, menanam kebencian antara satu sama lain seterusnya menghancur­kan keamanan yang boleh menjejaska­n ekonomi negara,” katanya.

 ??  ?? BERBINCANG: Azuwan (kanan) berbincang sesuatu dengan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu mesyuarat di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
BERBINCANG: Azuwan (kanan) berbincang sesuatu dengan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu mesyuarat di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia