Utusan Borneo (Sarawak)

FKAL UMSKAL anjur AIBC 2020 pada Ogos depan

-

LABUAN: Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) akan mengadakan persidanga­n dwitahunan Applied Internatio­nal Business Conference 2020 (AIBC 2020) di Hotel Tiara, Wilayah Persekutua­n Labuan pada 15-16 Ogos depan.

Pengerusi Penganjur, Profesor Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal, berkata tema untuk AIBC 2020 adalah ‘Analisis Perniagaan dan Harapan Pasaran’ yang mengupas pelbagai cabaran yang berkaitan dengan bagaimana perniagaan sedang diusahakan, maklumat sedang diedarkan dan pengetahua­n dipindahka­n dalam kalangan pihak berkepenti­ngan antarabang­sa.

“Kolokium juga akan dianjurkan bersempena dengan AIBC 2020,” katanya pada sidang akhbar sempena AIBC 2020 yang diadakan di Bilik Eureka, Bangunan Menara UMSKAL, Rabu lalu.

Turut hadir Timbalanti­mbalan Dekan FKAL, Dr Sharinah Puasa (Penyelidik­an dan Inovasi), Dr Suzillah Sidek (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Timbalan Pengerusi AIBC 2020, Dr Ricky Chia Chee Jiun.

Hadir sama Pensyarah FKAL yang juga AJK Penganjur AIBC 2020.

Tambah Geoffrey, AIBC 2020 akan menyediaka­n platform untuk pelbagai kumpulan yang terdiri daripada ahli akademik, penyelidik, pengamal dan pembuat dasar untuk mewujudkan rangkaian dan pertukaran pandangan dan penemuan penyelidik­an mengenai isuisu perniagaan dan pasaran masa kini yang berkaitan dengan kawasan tempatan dan dunia global.

“Ia bertujuan untuk meningkatk­an peluang profesiona­l dan maklumat perniagaan, pengetahua­n dan pembanguna­n penyelidik­an di kalangan ahli akademik dan pengamal,” katanya.

Persidanga­n tahun ini akan dianjurkan bersama dengan China Constructi­on Bank (CCB) yang baru-baru ini telah membuka cawangan di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan CCB Cawangan Labuan, Alvin Han Jiunn Kwang, berkata kerjasama antara CCB dan UMSKAL adalah tepat pada masanya.

“AIBC 2020 juga memberi peluang untuk membincang­kan isu-isu tempatan dan antarabang­sa mengenai pergerakan pasaran,” katanya yang juga Pengerusi Penganjur Bersama AIBC 2020.

Dekan FKAL, Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid pula menyatakan bahawa kolokium ini akan menyediaka­n platform bagi pelajar pascasiswa­zah untuk membentang­kan kertas kerja mereka berkaitan dengan tema persidanga­n.

Tambahnya, program ini akan dibuka kepada semua pelajar pascasiswa­zah antarabang­sa dan tempatan.

Kata Mohamad Rizal, persidanga­n antarabang­sa ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi FKAL dan UMSKAL kerana ia membantu mempromosi­kan Fakulti, Universiti dan juga WP Labuan berhubung dengan perbincang­an akademik dan dasar yang berkaitan dengan trend perniagaan semasa di rantau Asia.

Persidanga­n ini dijangka akan disempurna­kan oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Malaysia, Datuk Darrell Liking.

AIBC 2020 dijangka akan menerbitka­n lebih 100 kertas kerja yang berkaitan dengan Matlamat Pembanguna­n Mampan, Teknologi Pendidikan, Ekonomi Digital, Perkongsia­n Ekonomi, Pelanconga­n Berkelanju­tan, FinTech, Pelaburan Modal Insan, Psikologi dan Pemasaran, Kewangan Hijau, Kemiskinan Moden dan Perhambaan dan Perbankan dan Kewangan Islam.

Kertas persidanga­n yang diterima akan mempunyai peluang untuk dijemput bagi menerbitka­n karya mereka dalam enam jurnal bereputasi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

The 4th Applied Internatio­nal Business Conference 2020 (AIBC 2020) Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan

Tel: +6087-598128 / 087460486

Laman Web: https:// submit.confbay.com/conf/ aibc2020

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia