Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar Hubungan Antarabang­sa UMS adakan lawatan Delegasi Kerjaya dan Akademik

-

KOTA KINABALU: Seramai 18 pelajar Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan siri lawatan ke beberapa agensi di sekitar Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi menjayakan Program Delegasi Kerjaya dan Akademik baru-baru ini.

Menurut pensyarah kanan FKSW, Prof. Madya Wan Shawaluddi­n Wan Hassan, program julung kali yang melibatkan pelajar program Hubungan Antarabang­sa ini adalah selaras dengan objektif memartabat­kan para pelajar universiti di peringkat global selain mewujudkan jalinan perkongsia­n kerjaya antara peserta program dengan pegawai pentadbira­n diplomatik.

“Ini juga memberi ruang dan peluang kepada pelajar bagi menimba ilmu dan pengalaman baharu ke arah pemilihan kerjaya pada masa hadapan.

“Program pada kali ini melibatkan lawatan ke lima agensi iaitu Institute of Strategic and Internatio­nal Studies (ISIS), Migrant CARE, Internatio­nal Institute of Islamic Thought and Civilisati­on (ISTAC-IIUM), Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism (SEARCTT), dan Kementeria­n Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra),” katanya.

Dalam pada itu, pengarah program, Delovera Daukin menjelaska­n tujuan lawatan agensi tersebut adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar Hubungan Antarabang­sa terhadap beberapa aspek signifikan iaitu berkaitan akademik dan kerjaya, ancaman domestik antarabang­sa malahan tentang isu semasa berkaitan dengan keganasan pekerja buruh.

“Kunjungan hormat ini juga menerima sambutan yang memberangs­angkan dari setiap agensi yang dilawati.

“Program selama empat hari ini secara tidak langsung telah memberi gambaran yang lebih jelas tentang prospek kerjaya yang amat penting bagi mencari pekerjaan di luar kelak di samping membuka mata setiap peserta terhadap isu semasa yang berlaku dasawarsa ini,” ujar Delovera.

 ??  ?? GAMBAR KENANGAN: Prof. Madya Wan Shawaluddi­n (kanan) bergambar bersama para pelajar program Hubungan Antarabang­sa UMS yang terlibat dalam menjayakan lawatan Delegasi Kerjaya dan Akademik.
GAMBAR KENANGAN: Prof. Madya Wan Shawaluddi­n (kanan) bergambar bersama para pelajar program Hubungan Antarabang­sa UMS yang terlibat dalam menjayakan lawatan Delegasi Kerjaya dan Akademik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia