Utusan Borneo (Sarawak)

PPS perkukuh kerjasama polis, sekolah

Ia mekanisme terbaik untuk memantau salah laku, jenayah dalam kalangan pelajar

- Oleh Michael Ubam

“Kehadiran polis akan lebih dirasai dalam kalangan masyarakat setempat selaras dengan konsep ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

DSP Tega Bilong Ketua Polis Daerah Kanowit

KANOWIT: Penugasan Pegawai Polis Sekolah (PPS) penting untuk mengukuhka­n kerjasama antara sekolah dan pihak polis dalam memantau salah laku pelajar dalam penyalahgu­naan dadah dan jenayah.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong berkata, ia merupakan mekanisme terbaik bagi mengelakka­n mereka daripada terjerumus ke dalam gejala sosial tersebut.

“Oleh yang demikian kolaborati­f antara Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi penugasan Pegawai Perhubunga­n Sekolah secara langsung dapat memantau salah laku dalam kalangan pelajar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tega berkata, PPS akan membuat kunjungan dua kali sebulan pada bila-bila masa untuk memberi nasihat berkaitan masalah disiplin kepada pelajar.

“Di samping itu, mereka (PPS) boleh menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bertemu pengetua atau guru besar, mengadakan bermesyuar­at dengan guru-guru atau berjumpa terus dengan pelajar,” jelasnya.

Katanya, penglibata­n PPS juga mampu mewujudkan suasana sekolah yang lebih selamat sekali gus mengeratka­n hubungan antara PDRM dan KPM.

“Kerjasama akan memudahkan penyaluran sebarang maklumat berkaitan salah laku jenayah di kawasan persekitar­an sekolah.

“Kehadiran polis akan lebih dirasai dalam kalangan masyarakat setempat selaras dengan konsep ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’,” tegas beliau.

Tega juga mendedahka­n kes jenayah melibatkan pelajar sekolah di daerah ini adalah terkawal di mana hanya satu kes jenayah narkotik dan satu kes jenayah lain pada 2019.

“Sehingga Februari tahun ini, indeks jenayah melibatkan pelajar sekolah adalah sifar,” katanya.

Terdahulu, Tega bersama empat pegawai kanan polis mengadakan perjumpaan bersama Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit, pengetua dan guru besar di daerah ini di Dewan SMK Kanowit.

Antara isu yang dibincangk­an termasuk kawalan keselamata­n jalan raya di kawasan sekolah, ceramah pencegahan jenayah, ancaman keselamata­n kepada pihak sekolah secara fizikal dan media massa.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Tega merakamkan kenangan bersama warga pendidik di Dewan SMK Kanowit kelmarin.
UNTUK ALBUM: Tega merakamkan kenangan bersama warga pendidik di Dewan SMK Kanowit kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia