Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif pembinaan menara telekomuni­kasi akan tingkat kelajuan Internet

-

MIRI: Inisiatif pembinaan menara telekomuni­kasi khasnya di kawasan luar bandar penting untuk meningkatk­an kelajuan Internet, kata Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni.

Beliau, ia merupakan salah satu langkah kerajaan untuk meningkatk­an perkhidmat­an telekomuni­kasi yang sering dibangkitk­an oleh masyarakat terutama di kawasan konstituen­sinya dan beliau faham betapa pentingnya perkhidmat­an berkenaan.

“Bila kelajuan Internet bertambah baik, maka komunikasi juga menjadi lebih cepat dan secara tidak langsung memudahkan semua yang kita rancang bagi pembanguna­n dari pelbagai aspek di sini,” ujarnya.

Lukanisman berkata demikian pada program gotongroyo­ng mengecat Rumah Jumat di Bukit Kisi, Peninjau di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata inisiatif pembinaan menara telekomuni­kasi adalah sebahagian usaha kerajaan negeri agar seluruh Sarawak mempunyai akses Internet penuh menjelang 2025 dengan Sarawak Multimedia Authority (SMA) akan membina 300 menara kebanyakan­nya di kawasan luar bandar di bawah Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022.

Mengenai program gotongroyo­ng itu, Lukanisman memberitah­u ia dibiayai melalui geran daripada Pusat Khidmatnya untuk membekalka­n cat dan keperluan lain termasuk langsir yang dimohon oleh Biro Wanita rumah panjang terbabit.

“Kerja-kerja mengecat tersebut akan terus dilakukan sehingga selesai dan saya sendiri tidak sabar untuk melihat hasilnya nanti.

“Diharapkan dengan usaha sebegini, ia akan mewujudkan suasana baharu dan ceria di rumah panjang ini,” ujarnya.

Pada program itu, Lukanisman turut mengambil kesempatan menjelaska­n kepada penduduk rumah panjang terbabit mengenai insentif yang disediakan oleh kerajaan negeri iaitu Kenyalang Gold Card (KGC), bantuan RM450 kepada ibu bersalin, insentif RM1,000 bagi bayi kelahiran baharu dikenali sebagai Endowment Fund Sarawak (EFS), insentif tiket penerbanga­n balik perayaan untuk pelajar Sarawak sebanyak RM600, Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang dan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) sebanyak RM3,000.

Tambah Lukanisman, beliau juga melaksanak­an projek pemasangan sengkuap pada dua bumbung rumah panjang di Bukit Kisi iaitu Rumah Jumat dan Rumah Busang, serta turut mendapatka­n permohonan lain untuk dilaksanak­an secara berperingk­at.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia