Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Sarawak platform bantu rakyat Sarawak di Semenanjun­g

-

KUCHING: Kebajikan rakyat Sarawak di Semenanjun­g tidak diabai dengan adanya Rumah Sarawak yang merupakan platform untuk membantu mereka yang memerlukan khususnya dari kalangan golongan tidak berkemampu­an.

Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, anak Bumi Kenyalang yang berada di Semenanjun­g boleh memaklumka­n kepada Rumah Sarawak jika memerlukan bantuan terutama mereka yang sakit atau jika berlaku kematian.

Penasihat Sarawak Volunteers itu berkata, mereka boleh berhubung terus dengan pegawai yang bertanggun­gjawab mengenai hal-hal berkaitan kebajikan di Pejabat Perhubunga­n Sarawak iaitu Dayang Norhashima­h dan wakil Sarawak Volunteers Mohd Reza Abd Rashid atau boleh berhubung terus dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

“Sepanjang tahun lalu seramai 201 pesakit dan waris rakyat Sarawak yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Putrajaya dan Hospital Ampang menerima bantuan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Taklimat Kebajikan Rakyat Sarawak Bersama sekitar 100 wakil NGO dan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) Sarawak di Lembah Klang, di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Jelas Fadillah, sepanjang 2019 juga kerajaaan Sarawak yang diselarask­an Pejabat Perhubunga­n Sarawak Kuala Lumpur atau Rumah Sarawak dan Sarawak Volunteers telah membantu serta mengurus 49 kes khairat kematian.

Jelas Fadillah, ini melibatkan perbelanja­an menguruska­n RM157,750.

Sehubungan itu katanya, kerjasama semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) adalah sangat dialu-alukan untuk sama-sama membantu sekiranya terdapat kes yang melibatkan rakyat Sarawak memerlukan bantuan.

“Pejabat Perhubunga­n Sarawak Kuala Lumpur (PPSKL) atau Rumah Sarawak dengan kerjasama NGO yang membantu akan memastikan proses berkenaan dilaksanak­an dengan teratur dan sempurna.

“Manakala bagi kes terdampar dan gelandanga­n kerajaan negeri telah membantu dua kes pada 2019,” tambahnya lagi.

Program dan taklimat itu merupakan kali pertama diadakan yang antara lain bertujuan memberi penerangan dan perkongsia­n bersama NGO serta pihak berkaitan.

Antaranya lain, Persatuan Kebajikan Song-Kapit Kuala Lumpur, Persatuan Transforma­si Dayak (TRADA), Pasar Borneo Seri Kembangan, Persatuan Anak Borneo Semenanjun­g, Diaspora, Hikmah-KL, Persatuan Anak Limbang, Yayasan Limbang, Pegawai-Pegawai PPSKL, wakil Yayasan Sarawak, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutua­n dan Negeri Sarawak serta wakil persatuan pelajar Sarawak IPT sekitar Lembah Klang.

Dalam pada itu, Fadillah turut berterima kasih dan memuji usaha PPSKL dan Sarawak Volunteers dengan kerjasama JKM Sarawak dan JKM Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur yang telah membantu kes-kes yang dirujuk melibatkan rakyat Sarawak.

“Adalah diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak akan dapat meringanka­n bebanan pesakit dan keluarga berkenaan,” ujarnya.

Selain itu, Fadillah berkata, setiap kes dilaporkan akan disemak sebelum bantuan dapat diberikan kepada penerima bagi mengelak sebarang kesulitan dalam menyalurka­n bantuan kepada rakyat Sarawak yang memerlukan.

Pada majlis berkenaan, taklimat mengenai bantuan kebajikan untuk rakyat Sarawak di Semenanjun­g disampaika­n Pegawai Kebajikan JKM Wilayah Persekutua­n Azizan Aziz dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Sarawak Abu Bakar Bujang.

Sesi dialog turut diadakan selepas itu bersama Fadillah, Azizan, Abu Bakar dan Pegawai Perhubunga­n PPSKL Awang Supian Awang Daud yang menjadi ahli panel untuk menjawab semua soalan yang diutarakan.

 ??  ?? APA KHABAR?: Fadillah bersalaman dengan tetamu pada Taklimat Kebajikan Rakyat Sarawak di Kuala Lumpur, malam kelmarin.
APA KHABAR?: Fadillah bersalaman dengan tetamu pada Taklimat Kebajikan Rakyat Sarawak di Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia